Bond 25

‘Bond 25’ Tajuk Sementara Filem Ke-25 Siri James Bond

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Bond 25’ bukan tajuk rasmi filem ke-25 siri James Bond yang diterbitkan oleh Eon Productions untuk Metro-Goldwyn-Mayer. Dijadualkan akan ditayangkan pada 8 April 2020, filem ini merupakan filem lakonan Daniel Craig yang kelima dan terakhir sebagai James Bond.

Bond 25

Diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga dengan lakon layar oleh Fukunaga, Scott Z. Burns dan Phoebe Waller-Bridge, filem ini menjadikan Jamaica sebagai lokasi penggambaran mereka.

Secara umumnya, ‘Bond 25’ mengisahkan mengenai James Bond yang membantu rakannya, Felix Leiter menyelesaikan kehilangan seorang saintis sehingga menyebabkan mereka diculik dan berada dalam keadaan bahaya.

Dilakonkan oleh Daniel Craig, Ralph Fiennas, Naomie Harris dan Rami Malek, filem ini dikatakan bakal menjanjikan kelainan dalam plot penceritaannya.

Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai filem ‘Bond 25’:

Terbaharu, selepas filem ini, Lashana Lynch bakal jadi wanita pertama sebagai ejen 007.

Bagi peminat setia James Bond, pasti ada yang kecewa kerana watak itu tidak dipegang pelakon yang mereka rasa layak tetapi kepada seorang wanita.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah Lashana ini. Beliau baru-baru ini melakonkan watak sebagai Maria Rambeau; rakan baik kepada Captain Marvel.

Walaupun sudah sah watak ejen 007 itu akan dipegang seorang wanita, ia tidak menghalang populariti James Bond yang dipegang oleh Daniel Craig.

Lama gila manga ini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.