
Bomba Cemas Tak Jumpa Mangsa Kereta Terjunam Dalam Sungai, Rupanya Pemandu Sempat Balik Tidur Di Rumah
Bomba cemas tak jumpa mangsa dalam operasi menyelamat, rupanya pemandu sempat tidur dahulu di rumah sebelum bertindak melaporkan kemalangan.
Kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam sungai di kawasan Rasah semalam telah mencetuskan rasa cemas bukan sahaja dalam kalangan bomba tetapi juga orang awam apabila operasi menyelamat tidak menemukan mangsa di dalam kenderaan dan kawasan berhampiran.
BACA: Sabah Perkenal Operasi Balai Bomba Atas Air Pertama Di Malaysia
Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Idris, pihak mereka menerima panggilan kecemasan jam 7.50 pagi dan sampai ke lokasi sekitar 10 minit kemudian.
Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati sebuah kereta jenis Audi A6 berada dalam sungai dengan kedalaman 30 meter – keadaan enjin masih hidup dan lampu menyala.

Namun masa yang diambil untuk sekitar 30 minit untuk operasi mencari dan menyelamat termasuklah menyusuri kawasan sungai sejauh 100 meter gagal menemukan mangsa kemalangan tersebut.
Tidak lama kemudian, pihak bomba di kawasan berkenaan dimaklumkan oleh seorang lelaki yang memberitahu beliau mengenali mangsa dan mangsa kini berada di rumah.
Hasil tinjauan di rumah mangsa mendapati mangsa berada dalam keadaan selamat berjaya keluar dan menyelamatkan diri selepas kereta yang dipandunya terbabas akibat daripada microsleep sebelum terjunam ke dalam kawasan sungai sekitar jam lima pagi.

Menurut sumber Oriental Daily, mangsa yang terlampau mengantuk sempat tidur di rumah dan bercadang untuk melaporkannya selepas bangun daripada tidur.
Hanya memikirkan keselamatan dirinya sahaja, mangsa meninggalkan kereta tersebut dan kemudiannya pulang ke rumah sebelum berhasrat melaporkannya ke balai polis berdekatan.