Wanita Hamil Minum Kopi

Bolehkah Wanita Hamil Minum Kopi?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi sesetengah individu, tidak lengkap rasanya jika tidak memulakan hari tanpa secangkir kopi. Minuman ini sering diminum untuk membangkitkan mood dan meredakan rasa mengantuk.

Persoalannya, adakah semua golongan dibenarkan untuk meminum kopi contohnya golongan wanita hamil? Berapa banyakkah kopi untuk wanita hamil dibenarkan atau dilarang sama sekali untuk menyentuh minuman ini?

Menurut perkongsian Dr Izzat, wanita hamil perlu mengehadkan pengambilan kopi. Mengapa?

1. Wanita hamil perlu hadkan pengambilan kafein 200mg setiap hari atau 1-2 cawan kopi dan tidak boleh lebih daripada had yang disarankan. Had ini dipercayai selamat daripada keguguran atau kelahiran pra matang.

2. Pengambilan kafein yang banyak membawa ke arah masalah kesihatan pada ibu mahupun anak dalam kandungan.

3. Selain kopi, minuman yang mengandungi kafein termasuklah teh, coklat, minuman tenaga, sesetengah ubat batuk dan selsema serta minuman berkarbonat.

Wanita Hamil Minum Kopi

Bagaimana untuk mengetahui kandungan kafein dalam sesuatu minuman atau makanan?

Wanita Hamil Minum Kopi
Sumber: Twitter

Coklat juga turut mengandungi kafein yang mana sepapan coklat mungkin mengandungi kurang 25mg.

Jadi, untuk pengambilan 200mg kafein sehari, wanita hamil hanya boleh menikmati lebih kurang 2 cawan teh dan 1 tin minuman berkarbonat atau 2 cawan kopi segera.

Maka, dinasihatkan ibu-ibu mengandung untuk megelakkan pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas itu, hadkan pengambilan kafein sehingga 200mg setiap hari jika anda seorang coffee lover.

Lebih baik gantikan minuman berkafein dengan jus buah-buahan atau minuman yang tidak mengandungi kafein kerana itulah yang lebih baik. Jangan lupa, kena kurangkan gula dalam pengambilan minuman manis ya!

Sumber: Twitter Dr. Izzat