
Boleh Sebabkan Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba, Bahaya ‘Vaping’ Bukan Kepada Penggunanya Sahaja
Telah banyak kematian direkodkan akibat vaping atau menghisap vape yang ternyata amat merbahaya bukan sahaja kepada penggunanya malah juga kepada orang di sekelilingnya.
Asap vape yang memiliki bau dan rasa seakan-akan gula-gula, lolipop serta kordial buah-buahan seperti anggur dan strawberi menyebabkan ramai yang menganggapnya kurang memudaratkan berbanding asap tembakau.
Kebanyakan penghisap rokok tembakau juga mula bertukar kepada menghisap vape kerana berfikiran asap vape yang berperisa ini selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok walaupun tiada bukti yang menyokong dakwaan ini.
Ramai yang tidak menyedari, bahan dalam bentuk asap serta wap vape yang dihembus ke udara itu juga akan disedut oleh orang lain dan memberi impak kepada persekitaran yang dikenali sebagai second hand dan third hand vaping.
Seorang doktor di bahagian kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) iatu Dr Iskandar Mirza telah menerangkan lagi tentang bahaya vaping terhadap orang lain terutamanya kepada kanak-kanak dan ibu mengandung dalam satu hantarannya di Facebook.

Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan. Tapi apa kesan terhadap second atau third-hand vaping?
Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping?

Definisi
1st hand: Tukar hisap vaping.
2nd hand: Asap/wap vaping yang disedut oleh orang sekeliling dari first hand vaping.
3rd hand: Asap/wap yang melekat pada karpet, dinding, baju dan permainan kanak-kanak.
Itu sebabnya bau asap rokok/vape masih lama di dalam kereta perokok.
2nd dan 3rd hand vaping juga tidak terlepas dari mendapat kesan sampingan kimia melalui sedutan dari udara atau melalui kulit.
Lebih bahaya kepada kanak-kanak kerana mereka mudah untuk memasukkan objek ke dalam mulut, maka toksin ini senang untuk menyerap dalam badan mereka.

Kenapa kita perlu risau kepada 2nd dan 3rd hand vaping?
Ianya boleh menyebabkan:
-Kanser
-Penyakit jantung
-Kerosakan paru-paru
-Asthma
Bagaimana pula kesan kepada ibu mengandung?
Ianya akan menyebabkan:
-Kelahiran bayi pramatang
-Kematian di dalam kandungan
-Kematian bayi secara tiba-tiba (sudden infant death syndrome)
Kepada kanak-kanak atau pesakit asthma, dengan menjadi 2nd atau 3rd hand vaping, risiko untuk mendapat serangan asthma adalah tinggi.
Sayangi keluarga anda. Berhenti vaping. Amalkan gaya hidup yang sihat.
Sumber: Iskandar Mirza
Trending now



