
Boleh Mendatangkan Mudarat, Hati-Hati Menggunakan Periuk Nasi Yang Bercalar Macam Ni!
Cuba pergi ke dapur dan perhatikan pot ‘rice cooker’ atau periuk nasi elektrik anda. Ada tak kesan calar pada permukaan di dalamnya? Mesti ada, kan?
Menurut Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya, kalau pot periuk nasi elektrik anda dah bercalar teruk sangat tu, adalah dinasihatkan agar segera bertukar kepada periuk nasi yang baharu.
Ini disebabkan terdapat risiko berlakunya tindak balas logam yang boleh diserap oleh nasi yang kita masak menggunakan pot tersebut.
Nak tahu lebih lanjut? Jom sama-sama kita baca perkongsian yang sangat menarik ini.
Tukar rice cooker pot rumah kita kalau dah bercalar macam dalam gambar.
Kalau dapat cari yang stainless steel, itu paling baik.
Kita makan nasi hari-hari kan. Sebaiknya kita cuba cari pilihan yang kurang beri mudharat buat anak-anak dan keluarga.
Rice cooker biasanya ada coating non stick Teflon. Boleh sebabkan risiko gangguan hormon pada tubuh badan.
Material dalam pulak, biasanya dari aluminum. Aluminum boleh buatkan gangguan saraf dan rendahkan imuniti.
Boleh check rice cooker kat rumah, kalau ada calar, terus tukar pot yang baru tau.
Sebabnya, lagi tinggi risiko logam bertindakbalas dan terserap ke dalam makanan kita. Jadi nasi yang kita makan, tinggi pulak logam aluminum.
Yang terbaik, tukar terus rice cooker dari material stainless steel.
Boleh cari brand Khind. Beli kat sini. https://shope.ee/5AJ1QGv60m
Kita cuba sama-sama ya, cari pilihan yang lebih baik buat anak-anak dan keluarga.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
BACA: Lelaki Nikahi Periuk Nasi Umum Berpisah Selepas 4 Hari Bersama
Trending now



