
“Boleh Ke Makan Nanas Ketika Mengandung?” – Ikuti Penjelasan Dari Seorang Doktor Pakar O&G
Nanas atau Ananas comosus merupakan sejenis buah tempatan yang enak serta mempunyai pelbagai nutrien penting untuk kesihatan.
Selain kaya dengan vitamin C, rasanya yang enak juga membuatkannya sering dijadikan jus minuman dan jem serta ditabur dan dimasukkan juga ke dalam beberapa jenis pizza dan burger.
Nanas turut dijadikan sumber ikon budaya pop apabila dijadikan lagu PPAP (Pen-Pineapple-Apple-Pen) oleh Pikotaro dan menjadi rumah SpongeBob SquarePants di dalam lautan Bikini Bottom.
Orang tua-tua zaman dulu-dulu pula sering menyifatkan nanas sebagai buah yang ‘tajam’ serta berisiko terhadap kandungan ibu yang mengandung.
Namun, setakat manakah kebenaran dakwaan ini? Orang mengandung memang tak boleh makan nanas ke? Kalau teringin nak makan juga macam mana?
Seorang doktor pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) atau pakar bahagian perbidanan dan sakit puan, Dr Imelda Balchin menerusi laman Facebooknya telah membuat satu perkongsian mengenai pengalamannya bersama pesakit-pesakit yang sebelum ini juga pernah mempunyai kemusykilan mengenai nanas.
Seorang ibu hamil dah nak dekat due date. Dia tanya, “Dr Imelda, kalau saya nak cuba makan nanas, untuk induce labour, boleh tak?”
Inilah jawapan saya:
Saya tak pernah pun menghalang sesiapa pun makan nanas, dari sebelum hamil, permulaan kehamilan, pertengahan kehamilan, penghujung kehamilan, selepas bersalin atau pada bila-bila masa pun, selagi tiada allergy kepada buah nanas.
Nanas itu salah satu dari buah-buahan berkhasiat. Inilah makanan semulajadi sihat kurniaan Allah.
Nanas tak pernah berjaya digunakan untuk menggugurkan kandungan ibu hamil. Sudah ramai ibu hamil yang pada mulanya tak mahukan anaknya, pun dah kata mereka dah cuba makan banyak buah nanas pun tak berjaya gugurkan kandungannya. Mereka datang berjumpa saya di klinik kehamilan saya sebab berubah fikiran dan nak meneruskan kehamilan tetapi risau tentang anak di dalam kandungannya. Saya bagi kaunseling kepada mereka untuk meneruskan kehamilan mereka walaupun dah makan banyak nanas sebab ini tidak pernah memudaratkan anak di dalam kandungan dan makan buah nanas tidak menyebabkan apa-apa kecacatan kepada anak di dalam kandungan. Boleh makan buah nanas semasa hamil.
Nanas tidak menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu-ibu hamil yang melahirkan anaknya terlalu pramatang ada masalah cervical insufficiency, bukan sebab dia makan buah nanas. Bila ibu-ibu hamil yang ada masalah cervical insufficiency yang pernah kehilangan zuriat akibat kelahiran pramatang datang berjumpa saya di klinik untuk rawatan mencegah kelahiran pramatang, saya berusaha menyelamatkan kandungannya supaya sampai ke tahap yang matang. Kebanyakan kali kami berjaya dengan rawatan yang terbukti berkesan. Saya tak pernah pun menghalang semua ibu-ibu ini yang berisiko tinggi dari makan buah nanas. Alhamdulillah kami berjaya juga sampai ke tahap yang matang dan berjaya melahirkan anak-anak yang sihat dengan rawatan.
Nanas tidak pernah berjaya digunakan untuk induce labour. Sudah ramai patients saya yang dah overdue merungut, mereka dah makan nanas pun tak labour juga lagi dan datang ke hospital untuk induction of labour.
Teringin nak makan nanas, makan je. Ada banyak khasiat dalam buah nanas. Saya tak pernah larang pun makan buah nanas. Yang saya larang ialah merokok, vape, passive smoking, minum alcohol, minum ketum, hisap ganja, penyalahgunaan dadah, beli ubat-ubat sendiri untuk merawat sendiri, produk-produk overclaim, makan telur mentah, makan ikan mentah, makan daging mentah, minum susu mentah. Yang saya TAK galakkan ialah junk food, jajan, kek manis tiada khasiat, teh tarik penuh gula, makan berlebihan sampai tak ingat dunia……
Nak makan nanas, makan je. Nanas tak bersalah.
BACA: Pakar Nasihat Waspada Beli Baby Nanas, Bimbang Ada Pemanis Tiruan Bahaya
Sumber: Facebook Imelda Balchin