Campur Minyak RON95 Dan RON97

Boleh Ke Kita Campur Minyak RON95 Dengan RON97? Adakah Beri Kesan Pada Enjin?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di Malaysia, minyak petrol dijual sama ada dalam diesel, RON97 (tanpa plumbum), dan RON95 yang mula diperkenalkan pada 12 Mei 2009 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Menurut Carlist, RON merupakan singkatan bagi Research Octane Number. Manakala nombor RON mewakili nilai ‘knock resistance’ atau ketahanan serta keupayaan petrol daripada terbakar sendiri dalam enjin sebelum nyalaan palam pencucuh bermula.

Pasti antara kita pernah tertanya dan risau jika bertukar-tukar gred petrol, adakah akan memberi kesan kepada enjin kereta?

Persoalan ini dijawab oleh jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Permindahan Haba (fluid dynamics & heat transfer), Dr Aid Fawzal.

Mari kita baca perkongsian beliau.

Boleh ke tukar-tukar gred minyak? Kejap RON95, kejap RON97?

Boleh!
Nak tukar RON tak jadi masalah. Bayar mahal sajalah.

Kalau RON95 dah ada dalam tangki dan kita isi RON97 pula, boleh gunakan formula yang saya sediakan dalam gambar kedua untuk kiraan berapa nilai RON terbaru.

Campur Minyak RON95 Dan RON97

Dalam contoh gambar tu, katakan lah dalam tangki berbaki 20%RON95. Kita tambah RON97 selebihnya. Campuran minyak tadi bukan lagi RON97 tapi RON96.6.

Cumanya saya nasihatkan adalah lebih baik semak apa gred minyak yang sepatutnya kereta perlukan.

Boleh buka buku manual kereta anda. Atau baca tulisan yang tertera pada tempat penutup minyak kereta.

Buku manual tu, buku yang datang sekali dengan kereta. Kereta auto pun dapat buku manual tu, bukan kereta manual saja ada tau. Ini contohnya pada gambar ketiga.

Campur Minyak RON95 Dan RON97

Kesimpulannya, tidak perlu risau jika mencampur antara RON95 dan RON97 tetapi yang pentingnya ketahui enjin kereta anda boleh menerima gred minyak yang mana satu dan lakukan nisbah sebetulnya.

BACA: 9 Tip Ini Terbukti Mampu Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda

Sumber: Facebook Dr Aid Fawzal