
“Boleh Jemput CEO KTMB Baca Posting Ni” – Netizen Bandingkan Tren Jepun vs Tren Malaysia
Memang tak adil rasanya kalau nak bandingkan sistem pengangkutan awam di negara kita dengan negara maju seperti di Jepun, kan?
Namun, kita harus akui, kelemahan-kelemahan ini harus kita sentiasa perbaiki terutama sekali dari segi ketepatan masa.
Dalam satu lagi perkongsian menarik mengenai Jepun oleh Zunita Ramli di Facebooknya, beliau mendedahkan kepada orang ramai kali ini mengenai bagaimana pengangkutan awam di sana menjadi sangat efisyen.
Netizen pula sempat meninggalkan komen-komen yang menghiburkan di samping membandingkan situasi di Jepun dengan di Malaysia pada ketika ini.
Rasanya ramai tahu yang pengangkutan awam kat Jepun ni sangat efisyen.
Tapi pernah tak terfikir macam mana pengangkutan awam macam kereta api kat Jepun ni sangat punctual dan biasanya mesti sampai tepat pada masanya?
Haa.. Nampak mudah, tapi sebenarnya tak ya. Untuk capai benda ini, dua perkara sangat penting — skill pemandu dan infrastruktur yang baik.
Sebab tu di Jepun kalau nak jadi pemandu kereta api, satu-satu pemandu tu perlu menjalani latihan simulasi intensif sekurang-kurangnya 6 bulan. Latihan simulasi ini pula mesti dilakukan dalam keadaan sama macam keadaan sebenar, iaitu ada gegaran kereta api, ada bunyi dan pemandangan luar. Benda ni penting untuk pemandu mahir cepat dan tepat.
Setiap pemandu kereta api juga ditemani Penolong Pemandu, sebagai Penjaga Masa (Time Cop Assistant). Penjaga Masa ini tujuan dia untuk bagitahu pemandu sama ada kereta api yang dia pandu tu cepat ke atau perlahan sangat. 1 minit lambat, sudah dikira lewat di Jepun.
Infrastruktur yang baik pun penting. Sebab tu di Jepun, kerja pemeriksaan landasan dan infrastruktur biasanya dilakukan secara manual, bukan guna mesin ya. Sebabnya hanya manusia je yang boleh pastikan landasan betul-betul dalam keadaan terbaik. Pemeriksaan secara manual ni memang makan masa dan bukan senang la nak buat, tapi sangat penting untuk pastikan infrastruktur sentiasa dalam keadaan terbaik.
Haa.. punya serius ye Jepun ambik kisah pasal masa keretapi kan. Sampaikan Tsukuba Express bertolak 20 saat lebih awal pada tahun 2017 dulu pun, jadi isu besar.
20 saat ya, bukan 20 minit.
Tapi itulah, benda ni sebenarnya berkait rapat dengan budaya tepati masa tu juga. Bila budaya tepati masa tu memang diamalkan dalam kehidupan seharian, mesti semua benda pun kita akan buat agar tepati masa juga, kan?
Begitulah.
#CatatanZunitaDiJepun
Di ruangan komen, Zunita menambah:
Tapi memang ada je masa kelewatan kereta api kat Jepun ni tak dapat dielakkan sebab bencana alam ke, orang bunuh diri atas landasan ke dan sebagainya lah.
Untuk kes macam ni, memang tak boleh buat apa la kan, jadi stesen atau syarikat pengendali keretapi akan keluarkan surat khas untuk setiap pekerja yang terlewat masuk ke pejabat atas sebab kelewatan keretapi ni tadi.
So memang takleh nak tipu la kekonon train lewat tapi sebenarnya lewat masuk sebab mengopi kat luar dulu ke.. 😬
——
Komen netizen:
“Boleh jemput CEO KTMB baca posting ni” – Nur Fadhli Bassar
“Tapi train kat Malaysia lagi laju. Sampai tak perasan train schedule dah move ke next schedule. Entah bila masa la diorang lalu 😆😆😆” – Nornathasha Mohd Isa
“Malaysia kuat budaya Kartel…Kartel Ayam, Kartel Daging, Kartel Durian, Kartel Pasir, Kartel MC..sekarang ada Kartel Urus Jenazah..” – Mohd Farid Nasruddin
“Meanwhile kat Malaysia, ramai yang normalized kan budaya “on the way”. Tak punctual. Siap bangga lagi dengan budaya tu. Kalau tak punctual sekadar keluar berjimba dengan kawan-kawan, ok la..ni urusan luar/kerja pun tak punctual..tengok je la video YouTuber Jepun yang terkejut dengan budaya “otw” Malaysia..buat malu je..” – Laila Azam
“KTM sila belajar dengan mereka. Tapi tula. Dia delay 2 jam pon dia buat tak bersalah. Siap kata tunggu la. Tak sanggup tunggu naik taxi atau bas. Kambeng biri-biri!” – Shazawati Mohammad
BACA: Terpaksa Naikkan Harga 2 Yen (8 Sen), Syarikat ‘Jajan’ Dari Jepun Ini Mohon Maaf Kerana ‘Malu’
Sumber: Facebook Zunita Ramli
Trending now



