Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu 3

Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda lipas mampu hidup sehingga seminggu biarpun tanpa kepala?

Sebut je lipas, ramai daripada kita boleh tak senang duduk dibuatnya. Makhluk perosak yang suka tinggal di kawasan lembap seperti celah-celah almari dan bawah sinki ini dibenci bukan hanya kerana bergerak dengan laju tetapi juga mampu terbang sehingga boleh menjadikan manusia menggelarkannya sebagai haiwan lain.

BACA: Lipas Kini Makin Kebal, Sukar Dibunuh Dengan Racun Serangga – Kajian

Di sini kami senaraikan beberapa fakta jijik mengenai lipas yang ramai orang tak tahu.

1. Lipas boleh hidup tanpa kepala selama seminggu

Jangan tidak percaya, walaupun tanpa kepala lipas mampu bertahan sehingga seminggu kerana fungsi kepalanya tidak sama seperti kepala haiwan lain.

Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu 1

Disebabkan tidak mempunyai darah, lipas hanya akan mati kerana tidak mempunyai mulut untuk makan dan minum. Badannya boleh berfungsi tanpa memerlukan otak dan ia boleh bernafas menerusi lubang kecil yang terdapat pada badannya.

Malah, kepala lipas boleh hidup walaupun lepas dipotong sekiranya ia memiliki nutrien yang mencukupi!

Jadi kalau dah potong kepala lipas tu, jangan anggap anda sudah selamat kerana lipas tergolong dalam kategori haiwan yang kuat dan sukar untuk dihapuskan.

2. Suka dengan telinga manusia

Mungkin kejadian lipas memasuki telinga manusia sudah pun beberapa kali anda dengan seumur hidup anda.

Ini kerana kotoran telinga iaitu tahi telinga menghasilkan bau seakan roti dan keju yang menyebabkan serangga ini tertarik untuk mendekatinya.

Kawasan telinga yang sempit dan panas menjadikan ianya sebagai lokasi yang tepat untuk dijadikan sarang mereka ‘berteduh’.

Sekiranya duri pada kaki lipas terkena bahagian telinga dalam, kemungkinan ia akan menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga yang boleh membawa kepada jangkitan dan hilang pendengaran.

3. Pernah dijadikan ubat 

Dalam tulisan terawal ada mengatakan lipas digunakan sebagai ubat untuk sakit telinga, luka dan masalah peranakan dengan cara digiling dengan minyak atau direbus.

4. Boleh makan manusia

Tergolong dalam kategori omnivor, lipas boleh makan segala apa yang ada termasuklah manusia sekiranya kekurangan sumber makanan lain. Lipas juga  akan menggigit manusia sekiranya ada sisa makanan pada badan manusia.

5. Kelajuan lipas boleh bertukar 

Bergerak dengan cara merayap, tahukah anda lipas boleh menukar kelajuan caranya bergerak secara automatik? Malah mereka juga boleh menukar gear kelajuan dengan cara menukarkan kedudukan kaki ketika merayap!

Lipas akan merayap dengan cara tripodal bergantian yang ditukar kepada metachronal bagi mengatasi masalah ketidakstabilan. Cara lipas merayap ini dikenal pasti dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 terhadap lipas daripada spesis nauphoeta cinerea.

Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu

Jadi jangan terkejut sekiranya lipas yang nampak tenang tiba-tiba menuju ke arah anda dengan laju. Mungkin masa ini anda boleh membayangkan mereka mampu mengatasi kelajuan larian anda.

6. Bergerak secara berkumpulan

Lebih bijak daripada apa yang anda sangkakan, lipas boleh membuat keputusan secara berkumpulan. Mereka akan ‘berbincang’ dengan cara menyentuh antena sendiri dengan antena yang lain.

Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu 2

Kajian yang dijalankan Dr Jose Halloy dari Free University of Brussels mendapati biarpun mereka sediakan tiga buah rumah dengan kapasiti boleh memuatkan 50 ekor lipas dalam sebuah rumah, 50 ekor lipas tadi lebih memilih untuk membahagikan kumpulan mereka sama rata dalam rumah satu dan dua dan membiarkan rumah ketiga terbiar kosong.

Sumber:

  1. Lipas
  2. Leds Fords Pest Control
  3. Kay Suhaimi
  4. Discover Magazine