Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY 3

Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY Korea Utara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Negara Korea Utara memang terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktaktor.

Biarpun ‘jiran’ mereka, Korea Selatan terkenal dengan K-Pop dan K-Drama, rakyat di Korea Utara tetap dilarang untuk menonton dan meminatinya.

BACA: Penduduk Korea Utara Berdepan Hukuman Mati Jika ‘Kantoi’ Tonton Drama Korea Selatan

Sebagai contoh, kumpulan Bangtan Boys atau juga dikenali sebagai BTS  merupakan sebuah kumpulan yang terkenal pada peringkat global. Tidak ketinggalan di Korea Utara.

Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY

Menurut seorang ‘pembelot’ Korea Utara, Kang Nara dalam satu rancangan Comment Defenders, terdapat sebilangan besar peminat BTS di sana.

Ini dibuktikan dengan adanya 500 pencalonan undi dari Korea Utara semasa BTS memenangi Anugerah Grammy.

Seperti dalam filem spy, di Korea Utara ada kod-kod yang digunakan untuk bertanyakan kepada individu lain sama ada mereka pernah mendengar muzik-muzik BTS.

Dalam rancangan KBS2 Problem Child in House, panel-panel rancangan diminta berbincang dan meneka mengenai kod rahsia yang digunakan oleh ARMY.

Boleh Ditembak Jika Terkantoi Minat BTS, Ini Kod Rahsia Yang Digunakan ARMY 1

Setelah beberapa kali cubaan meneka dibuat, akhirnya pihak produksi mendedahkan kod rahsia yang digunakan ialah:

“Have you ever worn a bulletproof backpack?”

Frasa ini merujuk kepada perkataan Bangtan yang hampir sama dengan perkataan backpack dalam bahasa Korea.

Jadi jika anda melawat Korea Utara dan ditanya menggunakan ayat ini, jangan tersalah sangka pula. Mereka bukan bertanya sama ada anda pernah memakai beg kalis peluru atau tidak tetapi bertanya sama ada anda pernah atau tidak mendengar lagu-lagu BTS.

Sumber:

  1. Kbizoom
  2. Koreaboo