Boleh Bertahan Hingga 9 Hari Jadi Punca Koronavirus Menular Dengan Cepat

Para saintis mendapati wabak koronavirus yang sedang melanda dunia kini mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga tempoh sembilan hari.

Antara permukaan yang mempunyai potensi jangkitan ialah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan besi pemegang kenderaan awam.

Jangka Hayat Virus Korona Bertahan Hingga 9 Hari 1

Menurut kajian terbaharu di Jerman, virus korona ini mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa.

Namun ianya boleh dihapuskan sekiranya permukaan dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

BACA: Koronavirus: Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?

Tidak banyak yang diketahui mengena virus ini menjadikan saintis melihat kepada virus yang sama seperti SARS dan MERS untuk mendapatkan jawapan.

Secara purata, jangka hayat koronavirus boleh bertahan antara empat ke lima hari pada permukaan material seperti aluminium, kayu, kertas plastik dan gelas.

BACA: Wabak Koronavirus: Doktor Saran Tangguh Beli Barangan Dari China, Ini Jawapan Shopee

Untuk langkah keselamatan, amalkan langkah kebersihan seperti sentiasa mencuci tangan dan memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan.

Sumber: Science Alert