
Boleh Bawa Kepada Penyakit Kanser, Ini Bahaya Akibat Peningkatan Titik Panas Di Indonesia
Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura 21 September lalu, terdapat peningkatan titik panas yang dikesan oleh imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 di Sumatera dan Kalimantan, iaitu masing-masing sudah mencecah 777 dan 363.
Asap akibat daripada pembakaran hutan yang berlaku dari Sumatera menyebabkan kesan jerebu kepada hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia, manakala titik panas di bahagian barat, tengah dan selatan Kalimantan memberikan kesan di Sarawak.
Terkini, bacaan IPU di Malaysia mencatatkan 27 stesen pada tahap sederhana, 39 stesen tidak sihat dan 1 stesen sangat tidak sihat (Johan Setia, Selangor). Untuk lihat bacaan terkini, anda bolehlah layari laman APIMS.
Tahukah anda, dalam jangka masa panjang jerebu boleh menyebabkan kerosakan sel-sel DNA dalam badan yang kemudiannya boleh bertukar menjadi sel kanser? Ini diakui sendiri oleh Pakar RUnding Respiratori, Institusi Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.
Saiz zarah jerebu 2.5 mikron boleh meresap terus ke dalam tisu paru-paru jika dibandingkan dengan zarah jerebu 10 mikron yang masih boleh lagi dihalang oleh hidung.
Rujuk gambar rajah di bawah untuk memudahkan fahaman anda mengenai jerebu.
Jadi, bagi mengelakkan anda terkena penyakit yang tidak diingini semasa jerebu, ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti, antaranya.
1. Elakkan berada di kawasan luar daripada bangunan.
2. Pastikan anda sentiasa berada dalam persekitaran udara bersih.
3. Pakai topeng muka jenis N95.
4. Kurangkan simptom-simptom penyakit akibat jerebu dengan langkah pencegahan antaranya pengambilan air yang banyak, gunakan penitik mata bagi mengelakkan mata menjadi kering dan segera dapatkan ubat dari farmasi atau klinik berdekatan.
5. Ubah pola diet dengan melebihkan makanan yang penuh dengan khasiat vitamin A, C, E dan selenium,
Sumber: Utusan Online, TKO Nutrition
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/