
‘Body Shaming’ – Orang Kurus Juga Sering Jadi Mangsa
Mungkin ramai yang tak sedar, walaupun dengan nada gurauan, memperkatakan tentang paras rupa fizikal seseorang boleh mencetuskan rasa kurang senang pada dirinya.
Tak kisahlah orang tu besar ke, kecil ke, panjang ke, lebar ke, budaya toksik atau ‘body shaming’ yang masih dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini amat wajar dihentikan.
Di media sosial juga gejala ‘cyber bully’ dilihat semakin menjadi-jadi. Golongan yang memiliki badan yang kurus juga tidak terkecuali dari turut menjadi mangsa.
Hantaran yang dibuat oleh Masnira Ramli di Facebooknya ini diharap dapat memberi sedikit kesedaran dan keinsafan kepada golongan yang suka sangat ‘body shaming’ dan mengata orang ini.
Tiba-tiba terasa nak tulis tentang ini.
Biasanya kalau kita cakap orang tu gemuk, kuat makan, badan tak cantik sebab gemuk ramai yang trigger kan?
Body shaming. Tak baik cakap macam tu. Ramai yang akan simpati.
Sebaliknya pula dengan orang kurus. Ejek orang kurus nampak tulang lah, bini Popeye lah. Malahan boleh dibuat gurau depan hidung orang tu. Tak makan ke? Suami tak bagi makan ke? Tak takut ke nanti terbang kena tiup angin. Macam jerangkung.
Saya lah dulu selalu kena macam tu. Bini Popeye tu dah selalu kena. Dulu lah. Tinggal sejarah sebab sekarang kurus tu dah terbang melayang. 😂
Ni nak bagitahu ni. Tahu tak kalian, yang orang kurus pun ada rasa insecure dengan badan kurus sangat. Hilang keyakinan diri. Kena ejek kurus nampak tulang je. Tak makan ke… tu semua membuatkan kita rasa lagi sedih dan marah. Cuma kena senyum je lah sebab perkara tu dah normalize dalam masyarakat kita.
Cuba kalau ejek orang gemuk depan hidung. Mesti ada je yang back up kata tak baik mengejek. Orang kurus boleh pula.
Rasa insecure tu buat mereka buat macam-macam nak naikkan berat badan sama macam orang gemuk struggle nak kurus! Sebab tu ada jual makanan tambahan untuk naikkan berat sebab ada demand. Kenapa ada demand? Sebab ramai je orang kurus yang desperately nak naikkan berat.
Contohnya macam ni. Randomly saya baca komen di page jota2 followers ni. Komen-komen macam ni dah termasuk dalam cyber bully tau.
Tak kisah kurus atau gemuk, yang penting dia happy je dengan berat dia sebab dia sihat. Orang sihat sentiasa gembira kerana fizikal yang sihat memberikan pengaruh besar dalam emosi.
Jadi, jangan kerana jari menaip tanpa rasa simpati, mulut melontar bicara tanpa berfikir membuatkan orang yang sihat mentalnya pun jadi sakit. Jangan senang-senang menyakiti orang lain. Setiap yang kita buat sama ada sedar atau tak akan dicatat. Walaupun tak kenal each other tetap kena jaga baik hubungan sesama manusia.
Yang pernah kurus,
Masnira Ramli.
BACA: ‘Body Shaming’, ‘Downgrade’ Dan Menghina Orang Lain, DJ Stesen Radio Ini Undang Kecaman
Sumber: Masnira Ramli
Trending now



