Logo Baru BMW

BMW Kongsikan Logo Terkini Yang Lebih Ringkas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

BMW memperkenalkan kepada umum penjenaman semula logo, menandakan perubahan yang lebih ketara tentang logo mereka sejak tempoh 100 tahun.

Selama 100 tahun ini, rekaanya seakan-akan sebuah propeller yang dikelilingi dengan warna hitam dan ditulis dengan huruf B, M dan W. Namun, menerusi pengenalan model BMW i4 yang terkini, BMW dilihat sudah mula mengikuti jejak langkah pengeluar kereta lain dalam memperkenalkan logo yang lebih ringkas seperti Volkswagen dan Kia.

Logo Baru BMW

Logo baharu ini menghilangkan warna hitam (bertukar kepada lutsinar) dan kesan 3D serta kesan pencahayaan dibuang untuk menampilkan reka bentuk lebih ringkas dan minimal. Rekaan berbentuk bulat serta bentuk propeller warna putih dan biru masih dikekalkan oleh syarikat yang berasal dari Bavaria.

Logo Baru BMW

Menurut BMW, logo baharu yang sengaja menghilangkan eleman hitam itu agar ‘memancarkan sikap keterbukaan dan ketelusan’. Katanya, logo lebih ringkas ini mampu menarik perhatian golongan pembeli yang lebih muda usianya terutama di dalam dunia digital.

Sumber: Creativebloq