Peniaga Minuman Keras Tak Setuju, Malaysia Akan Rugi Hasil Cukai Jika Penjualan Arak Berkurang

Tak Setuju Larangan Arak Malaysia Rugi

Dalam pada ramai bersetuju apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan garis panduan baharu yang mana tidak membenarkan tiga jenis premis seperti kedai runcit menjual arak, pastinya peniaga minuman keras yang terkesan.

Memetik sumber Malaysia Kini, mereka yang terlibat dalam industri itu berkata garis panduan itu akan memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia yang sudah sedia terjejas akibat wabak COVID-19.

Garis panduan yang dikeluarkan DBKL pada Isnin lalu menyatakan bahawa kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras mulai Oktober 2021.

Bagaimanapun, larangan itu tidak melibatkan kedai arak, pub, bar, pasar raya, pasar raya besar dan kedai borong.

Kata Setiausaha Persatuan Peniaga Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Albert Chooi Leong Peow, langkah itu tidak hanya akan merugikan perniagaan, malah juga mengurangkan pendapatan cukai kerajaan.

Begitu jugan dengan Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng yang mempunyai pendapat sama.

Selangor Negeri Tertinggi Keluarkan Lesen Arak Kelas Runcit
Sumber: MalaysiaKini

“Dasar yang sedang dilaksanakan di Kuala Lumpur mungkin tidak akan mempengaruhi negara (sekarang), tapi bagaimana jika pihak berkuasa memperluasnya ke seluruh negara suatu hari nanti? Hasil cukai akan dikurangkan dan itu pasti kerugian bagi Malaysia,” kata Hong.

Kata mereka, selain kehilangan hasil cukai ia juga boleh menyumbang kepada peningkatan kegiatan penyeludupan dan menganggap langkah DBKL itu sebagai langkah mundur kerana minuman alkohol dijual hampir setiap ibu kota di dunia.

BACA: Selangor Negeri Paling Tertinggi Keluarkan Lesen Arak Kelas Runcit

Larangan kedai runcit jual arak muktamad

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menyatakan keputusan DBKL adalah muktamad.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata ketegasan terhadap penjualan minuman keras itu secara tidak langsung dapat mengatasi sebahagian daripada masalah sosial masyarakat dan membantu dari aspek kesihatan.

Sumber: Malaysia Kini, Sinar Harian