Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang

Penemuan sembilan batu nisan dengan tulisan Cina Kuno di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Muhamad Jusoh di Kampung Pekan Lama membuktikan negeri Pahang pernah menjadi lokasi tumpuan pedagang dari China.

Berdasarkan data awal, Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Noridayu Bakry berkata batu nisan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Dinasti Qing sekitar abad ke-17 hingga ke-20 itu dipercayai yang pertama ditemui di Pahang.

Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang
Sumber: Sinar Harian

Dikatakan bahan yang digunakan dalam pembuatan batu nisan berkenaan ialah tidak menggunakan batu konkrit sebaliknya menggunakan batu granit. Malah teknologi lama yang digunakan menyebabkan saiz setiap satunya berbeza; panjang antara 75.5cm hingga 122cm dan lebar antara 33.5cm hingga 47.4cm.

Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang 2
Sumber: Facebook
Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang 1
Sumber: Facebook

Menurut penghuni rumah, Norhazlinda Abdul Rahman, kewujudan jirat kecil itu hanya disedari pada minggu lalu selepas suaminya meminta bantuan rakannya untuk memotong rumput di kawasan rumahnya.

“Rakan yang memotong rumput itu berhenti untuk memeriksa batu tersebut dan terkejut apabila melihat ada tulisan Cina di atasnya. Kami terus memeriksa kawasan itu dengan lebih teliti dan terkejut kerana mendapati jumlahnya agak banyak.

Anak perempuan saya pernah belajar di Beijing, China namun dia juga tidak tahu membaca tulisan di atas batu nisan itu dan merasakan ia adalah tulisan lama menyebabkan kami bertanya dengan rakan-rakan lain menerusi WhatsApp.”

Gambar itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang menghantar wakil ke rumah mereka.

Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang 4
Sumber: Berita Harian

Kata Norhazlinda, rumah tersebut merupakan rumah pusaka keluarganya dan sejak dari kecil kisah kewujudan jirat Cina di rumah tersebut beliau dengari namun tidak pernah mengambil serius mengenainya.

Jika dikaitkan dengan penemuan seramik di Pulau Tioman, Rompin dan artifak lama di Kuala Pahang yang dipercayai dari Dinasti Song, Tang dan Min sebelum ini, ianya boleh mengukuhkan pendapat Pahang menjadi laluan utama perdagangan utama pada masa dahulu.

Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang 3
Sumber: Berita Harian

Bagi mengesahkan kesahihan artifak tersebut, kajian lanjut mengenai penemuan tersebut akan dilakukan Muzium Pahang dengan kerjasama daripada Jabatan Warisan Negara dan bantuan pakar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM).

Buat masa sekarang, kawasan penemuan batunisan kuno itu diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan sehingga kajian selesai dijalankan.