Tular Gambar Lori Kurier Terbakar Di Cheras Dipercayai Bawa Barang Jualan 11.11

Sejak semalam, beberapa keping gambar sebuah lori yang sudah terbakar dikongsikan secara meluas di media sosial.

Dalam perkongsian gambar di Facebook Kitty Goh semalam, kelihatan sebuah lori yang dipercayai lori penghantar barang mengalami kerosakan yang teruk – hampir hangus dijilat api kira-kira jam 2.45 petang hari sama.

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 1
Kredit: Kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 2
Kredit: kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 3
Kredit: kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras
Kredit: Kitty Goh

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di kawasan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Cheras ini tidak disedari ramai kerana ianya berlaku di bahagian pemunggahan barangan.

Sebelum ini, beberapa kejadian lori penghantar barangan pernah berlaku.

Antaranya pada Julai lalu, sebuah lori daripada syarikat penghantaran Skynet dilaporkan terbakar sehingga menyebabkan hampir 80% daripada barang yang dibawa hangus terbakar.

Dalam satu sumber perbualan yang ditangkap layar menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu kejadian yang berlaku di Taman Selesa Jaya, Balakong, Kajang adalah berpunca daripada asid yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier.