Tak Rasa Diri Bersalah, Jho Low Dakwa Hanya Pinjam Duit 1MDB Untuk Kegunaan Peribadi

Ahli perniagaan yang masih dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai menjadi mastermind dalam skandal 1MDB percaya beliau tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

BACA: Banglo Mewah RM171 Juta Milik Jho Low Bakal Dijual Dengan Diskaun 50%

Dalam satu dokumentari yang disiarkan media berita, Al Jazeera, pengakuan Jho Low dibuat menerusi satu rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumentari berdurasi sejam yang diberi tajuk Jho Low – Hunt for a Fugitive dimulakan dengan panggilan telefon antara beliau dengan kerajaan Malaysia dalam tempoj Mei hingga November 2018.

Jho Low Skandal 1MDB

Percaya bahawa dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan, Jho Low memberitahu wang berbilion dolar yang diambil daripada 1MDB digunakan untuk membeli hartanah mewah, karya seni, jet peribadi, kapal layar dan arak mahal.

Malah beliau sanggup untuk memulangkan semula kesemua aset yang beliau gunakan asalkan beliau tidak didakwa di mahkamah.

“Semua ini sebenarnya hanya pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi, akhirnya, saya rasa, masanya telah tiba, kami mahu membantu mengembalikan semula aset ini.

Dan sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan, kami mahu meneruskan kehidupan tanpa berdepan sebarang tuduhan.”