Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian?

Perasan atau tidak, kalau di Indonesia perkataan ‘anjing’ atau singkatannya ‘njir’, ‘anjay’, ‘njer’ dan sebagainya merupakan salah satu kata makian yang popular?

Malah ada juga rakyat Malaysia meminjam dan menggunakannya sebagai ekspresi dalam kehidupan seharian.

Secara linguistik, bentuk kata makian terhasil daripada budaya pemilik bahasa terkait. Contohnya anjing termasuk dalam kategori najis mughallazah iaitu najis berat terutama air liurnya.

Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian 2

Jadi orang Indonesia menggunakan perkataan anjing sebagai kata makian paling teruk bagi menggambarkan ekspresi kemarahan dan kebencian mereka.

Ada juga yang merumuskan asal usul perkataan anjing digunakan bagi mencerminkan penjajah Belanda yang gemar merawat anjing sehingga menjadikan rakyat tempatan menggunakan perkataan anjing sebagai satu bentuk kebencian terhadap penjajah.

Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian

Seiring dengan peredaran zaman, berlakunya modifikasi pada makna yang mana dahulunya hanya merujuk kepada haiwan, tetapi kini turut merujuk kepada ekspresi diri dan sosial yang turut digunakan sebagai tanda akrabnya tali silaturahim yang tercipta terutamanya dalam kalangan rakan-rakan.

Sama juga di Malaysia yang banyaknya menggunakan perkataan ‘babi’ bagi menggambarkan perasaan tidak senang mereka.

Wabak Selesema Babi Baharu Ditemui, Mampu Cetus Pandemik Baharu Dan Menjangkiti Manusia
Sumber: Agric

Bagi orang Malaysia, babi adalah perkataan paling kotor, buruk dan jijik yang akan digunakan bagi menjelaskan perasaan tidak suka mereka.

Konotasi babi bukan sahaja dilihat sebagai haiwan yang haram dalam agama Islam tetapi juga haiwan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan makan segala benda termasuklah najis dan bangkai rakannya.

Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian 1

Berbeza dengan masyarakat seperti di Korea Utara dan Barat yang menggunakan perkataan anjing dan babi sebagai satu ekspresi yang menunjukkan kecomelan seseorang.