Ini Sebab Mengapa Platform iShareFans Dianggap Meragukan

IshareFans Meragukan Scam
Sumber: Twitter

Bermula pada pertengahan awal bulan Ogos, terdapat perkongsian di laman Facebook dan WhatsApp yang menyatakan terdapat satu laman web yang menawarkan peluang menjana pendapatan dengan kerja yang sangat mudah iaitu iSharefans.

Memetik kenyataan bestborneocarrental, iShareFans adalah satu laman yang menyediakan peluang menjana pendapatan dengan membuat beberapa tugasan seperti like, follow dan share laman media sosial yang popular seperti TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube.

Para pemilik akaun TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube akan menggunakan perkhidmatan iShareFans untuk menambahkan like, share dan follower.

Manakala ahli iShareFans pula akan like, share dan follow pemilik akaun media sosial berkenaan dengan kadar bayaran RM1 untuk satu tugasan. Dalam bahasa mudah, iShareFans adalah orang tengah yang menghubungkan pencari liker dan subscribe kepada ahli iShareFans.

IshareFans Meragukan Scam
Sumber: YouTube

Ramai dalam kalangan mereka yang cakna tentang IT dan pelaburan memberi amaran supaya berhati-hati tidak terjebak dengan aktiviti iShareFans ini.

Baca penjelasan daripada Pelabur Bijak tentang bagaimana iShareFans memberi wang ganjaran kepada ahlinya.

Salah seorang pengguna Twitter berkongsi kesan selepas terlibat dengan modus operandi ini.

Berdasarkan pencarian, sememangnya iShareFans adalam laman web rasmi. Bagaimanapun, apabila mencari maklumat syarikat aplikasi ini tidak dinyatakan.

Sebab-sebab paltform iShareFans meragukan

1. Operasi seperti MIDJOBS

MIDJOBS juga mempunyai modus operandi yang hampir sama iaitu menawarkan tugas untuk menonton video di youtube dan akan dibayar. Ia turut mempunyai pakej yang serupa iatu jumlah task sehari adalah dihadkan mengikut pakej yang anda beli.

Namun pada awal bulan Jun 2020, MIDJOBS telah menutup laman web dan akaun media sosial dan meninggalkan ramai yang kerugian kerana duit modal yang dilaburkan hilang begitu sahaja.

2. Tidak dibayar jika ahli biasa

Sebagai ahli biasa, anda akan diberikan jumlah tugasan yang terhad iaitu 3 tugasan sehari, dan boleh menjana RM 90 sebulan.

Selepas hampir sebulan beroperasi, iShareFans telah menaikkan had pengeluaran bagi ahli biasa kepada RM199, iatu memerlukan 2 bulan 7 hari untuk mengumpulkan RM199.

Maklumat terkini yang telah diterima adalah, ahli biasa tidak akan mendapat bayaran kecuali anda membeli pakej VIP bagi membolehkan anda dibayar.

3. Maklumat pemilik tidak jelas

Maklumat pemilik dan perhubungan yang boleh didapati hanyalah nama syarikat iatu E&M E-Commerce Sdn Bhd dan nombor perhubungan khidmat pelanggan, selain daripada itu, tiada maklumat lain. Malah, terma dan syarat juga tidak jelas.

Kesimpulannya, iShareFans dilihat mempunyai tanda-tanda seperti skim piramid berbanding sebagai syarikat sebenar dengan potensi pendapatan serius bagi ahlinya.

Secara mudahnya, tiada orang suka-suka untuk memberi duit percuma.