7 Telegram Bot Yang Amat Membantu Mudahkan Urusan Harian Anda

Telegram Bot Yang Amat Membantu Mudahkan Urusan Harian

Umum mengetahui Telegram merupakan aplikasi pemesejan yang mana kelebihannya, ia boleh digunakan pada semua peranti dalam masa yang sama.

Dengan Telegram, anda dapat mengirim pesanan, foto, video dan fail dari jenis apa pun (doc, zip, mp3, dan lain-lain), serta mencipta group hingga 200,000 ahli atau saluran untuk penyiaran kepada pelanggan tanpa had.

Selain Telegram Group dan Channel, Telegram juga mempunyai fitur yang aplikasi lain tidak ada. Fitur tersebut ialah Telegram Bot.

Telegram Bot ialah satu program komputer yang menjalankan tugas-tugas tertentu secara automatik berdasarkan arahan tertentu yang kita bagi melalui aplikasi Telegram.

Senarai Telegram Bot

Ramai sudah yang menggunakan Telegram Bot ini kerana ia membantu memudahkan urusan harian.

Jadi, ini antara Telegram Bot yang mungkin perlu anda ada.

1. PDF Telegram Bot @office2pdf_bot

Senarai Telegram Bot
Sumber: The Rakyat Post

Sesuai untuk anda yang suka menulis di notes handphone dan nak jadikan eBook, jadikan gambar produk kepada katalog, dan tukar documents, spreadsheets, presentation serta plain messages kepada PDF.

2. Ekstrak teks dari gambar @PhotosetterBot

Senarai Telegram Bot

Untuk tukarkan perkataan dalam sesuatu gambar ke bentuk teks atau mesej.

3. Terjemah bahasa @Ytranslatebot

Senarai Telegram Bot

Alternatif lain untuk terjemah sesuatu teks daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran.

4. Audio kepada teks @voicybot

Senarai Telegram Bot

Jika seseorang hantar voice note dan ianya amat penting, kita boleh menggunakan sahaja bot voice ini untuk jadikan ia dalam bentuk teks.

5. Reminder @SkeddyBot

Senarai Telegram Bot

Skeddy Bot ini sesuai untuk mereka yang mudah lupa. Misalnya, jika anda menghantar ‘Tengok assignment setiap 5 minit’, jadi bot ini akan hantar teks peringatan kepada anda setiap 5 minit sehingga selesai.

6. Teks kepada audio @TexTSBot

Senarai Telegram Bot

Jika tadi audio kepada teks, ini pula untuk anda tukarkan teks kepada bentuk audio. Sesuai untuk anda yang sukar untuk memahami perkataan yang berbelit, hanya taip dan hantar di bot ini.

7. Bot pelbagai fungsi @pandaibot

Senarai Telegram Bot

Seperti namanya, bot ini merupakan versi Malaysia yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan berguna. Pelbagai kandungan anda boleh semak seperti waktu solat, kamus, quote, senarai hitam PTPTN dan sebagainya.

BACA: Jawigram, Bantu Anda Tulis Jawi Dengan Lebih Mudah

Sumber: Sistem Guru Online, Nur Aliah Mohd Nor