Bambang Hartono, Jutawan Rokok Yang Turut Berjaya Dalam Bidang Sukan

Selain daripada bergelar jutawankedua terkaya di Indonesia, tahukah anda Michael Bambang Hartono juga merupakan salah seorang atlet paling tua di Indonesia dan paling tua dalam bidang sukan bridge di Indonesia?

BACA: Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Memiliki kekayaan sehingga USD18.5 bilion (RM75.93) pada Mac 2019 daripada perniagaan rokok beliau, dua per tiga daripada kekayaan beliau adalah hasil daripada pelaburan dalam Bank Central Asia.

Bambang Hartono, Jutawan Rokok Yang Bergelar Atlet Di Indonesia 1

Menduduki kedudukan ke-86 sebagai individu paling kaya di dunia, Bambang bersama adiknya mengusahakan rokok jenama Djarum yang diasaskan bapa mereka, Oei Wie Gan.

Bambang Hartono, Jutawan Rokok Yang Bergelar Atlet Di Indonesia 3

Menyertai Sukan Asia 2018 dalam sukan bridge, Bambang gagal meraih pingat emas, sebaliknya hanya memperoleh gangsa – kalah dengan Singapura dan Hong Kong.

Namun ianya tetap sesuatu yang menggembirakan buat Bambang kerana bukan nilai wang yang beliau mahukan sebaliknya hanya mahu pengalaman, pingat dan mengekalkan ketajaman memorinya.

Bambang Hartono, Jutawan Rokok Yang Bergelar Atlet Di Indonesia 2

Meminati bridge sejak daripada usia enam tahun, Bambang Hartono merasakan bridge adalah satu sukan untuk minda dan berjaya meyakinkan penganjur Sukan Asia untuk menyenaraikan bridge sebagai salah satu sukan yang bertanding dalam acara itu.

Bergelar jutawan tidak menjadi masalah untuk beliau menyertai pelbagai pertandingan sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun tempatan.

Biarpun ada masanya beliau mengalami banyak kekalahan, moto ‘jangan pernah berputus asa’  yang diamalakan menjadikan beliau tidak pernah patah semangat untuk terus bertanding.

Bambang Hartono, Jutawan Rokok Yang Bergelar Atlet Di Indonesia 4

Bagi Bambang, permainan bridge sama seperti kehidupan dan perniagaan yang mana pada peringkat awal data dan maklumat dikumpul dan dianalisis sebeum sebarang keputusan dibuat.

Sentiasa berdisplin dalam kehidupan, Bambang sentiasa memastikan sekurang-kurangnya dalam masa sehari beliau akan membaca selama tiga jam (200 halaman) dan menghabiskan lima buah buku setiap minggu.