Prestasi Kerja Sendiri Merudum, Diletakkan Kesalahan Pada Syarikat

prestasi kerja

Dalam keadaan negara dilanda wabak pandemik yang sangat hebat kini, banyak syarikat yang terjejas sehingga membawa kepada penutupan syarikat tersebut. Sekaligus, prestasi kerja menurun, lalu terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja mereka bagi mengurangkan bebanan kos yang semakin hari semakin tinggi.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi luahan hati seorang majikan, Muhammad Naim Bin Nordin, CEO syarikat Ayra Transport Services Sdn Bhd mengenai prestasi kerja pekerja di syarikatnya.

Tak Semua Orang Tahu Bersyukur

Dia yang bermasalah, company pula dipersalahkan.

Masa zaman banyak syarikat tutup, ramai yang kena buang kerja, lagi ramai yang menganggur, ada sahaja manusia yang tak reti bersyukur.

Masa ni ada kerja pun dah cukup baik, ada bos yang bayar gaji on time pun dah cukup baik.

prestasi kerja

Staf tak nampak siapa yang serabut kepala otak cari duit untuk bayar gaji 28 haribulan setiap bulan. Staf tak nampak kita hutang sana sini demi nak pastikan anak bini dia boleh teruskan kehidupan.

Yang mereka nampak cuma salah kita, jangan sembang bab gaji, dalam banyak-banyak company Melayu yang buat kereta sewa, gaji staf di Ayra Transport antara yang tertinggi.

Aku bukan nak bangga lebih tapi ni penghargaan aku pada staf, tak payah sembang gaji minima, Ayra Transport bayar lebih dari gaji minima siap tolong beli kereta untuk buat sewa.

Kalau kita hanya di kalangan staf biasa dan kita bukan dalam golongan “TALENT”, jangan nak demand gaji sangat, tempat kita boleh diganti pada bila-bila masa.

Kesimpulan

Ramai yang kehilangan pendapatan ketika ini, maka sekiranya kita masih tergolong dalam kalangan yang masih belum terputus rezeki dan mempunyai pekerjaan yang tetap, kita harus sentiasa bersyukur dan muhasabah diri. Kekalkan prestasi kerja yang optimum agar rezeki kita sentiasa berkat.

Apabila pandemik telah berlalu dan kita inginkan peluang pekerjaan yang lebih baik, maka bolehlah berbuat demikian pada masa hadapan.

Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, boleh hubungi Muhammad Naim Bin Nordin.