Pernah Tulis 1 Buku Dalam Masa 5 Hari, Ini Ulasan Pembaca Tentang Buku ‘Viral’ Di Goodreads

Buku merupakan sumber informasi yang dapat membuka minda pembaca kepada pelbagai hal – ilmu pengetahuan, ekonomi, sosial, budaya, politik dan lain-lain.

Buku apabila dibaca boleh memberikan banyak manfaat kepada pembacanya termasuklah memandaikan masyarakat, menstimulasi mental, mengurangkan tekanan emosi, menambah wawasan serta pengetahuan dan sebagainya.

Buku Dekad Membaca 2

Buku yang diolah dengan bagus daripada segi pemilihan perkataan, susunan ayat dan sebagainya akan menyebabkan pembaca merasai apa yang ingin disampaikan penulis walaupun situasi yang diceritakan agak berat dan tegang.

BACA: Pengharaman Buku Hina Jata Negara, Rakyat Terlampau Sensitif Hingga Sekat Kreativiti Minda Artistik?

Bagaimana pula sekiranya sesebuah buku itu bukannya mengurangkan tekanan malah menambah lagi yang sedia ada dengan susunan yang caca marba?

Semalam, sebuah buku hangat diperkatakan di media sosial kerana hasilnya yang dikatakan seolah-olah hanya copy paste daripada aplikasi Google Translate.

Oleh itu, kami sertakan beberapa ulasan pembaca mengenai buku ini yang kami dapatkan daripada laman web Goodreads, yang mana salah satunya adalah menjadi rujukan sebelum sesebuah buku itu dibeli atau dibaca sama ada menerusi rating yang ada dan ulasan-ulasan pembaca sebelumnya.

Buku Dekad Membaca 1

 

Buku Dekad Membaca

 

Bagi mengelakkan timbulnya keraguan, kami sertakan sekali beberapa halaman isi kandungan buku ini yang dikongsikan di laman Twitter untuk anda lakukan penilaian sendiri.

Pengulangan perenggan sehingga tiga kali menunjukkan kehadiran elemen penegasan.

Buku Dekad Membaca 6
Sumber: @dieyanaayuni

 

Buku Dekad Membaca 4
Sumber: @dieyanaayuni