Oldtown Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Dakwaan Hidang Menu Mi Kari Babi

Sebuah restoran terkenal di Subang Jaya diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) selepas disyaki menggunakan bahan mentah iaitu daging babi tidak halal dalam menu mi kari mereka.

BACA: Kesucian Halal Restoran Pork Free, Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?

Menurut Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, tindakan berkenaan diambil selepas tularnya satu rakaman video di media sosial mengenai hidangan tersebut disyaki menggunakan daging babi dalam mi kari mereka.

Restoran Terkenal Ada Sijil Halal JAKIM Diserbu Atas Dakwaan Hidang Menu Mi Kari Babi 1

Ketika ditanya, pengurus restoran menafikan menggunakan daging tersebut merupakan daging babi dan mendakwa ianya adalah daging ayam yang diperap dengan perencah barbeku.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan masih dalam tempoh sah sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM)  yang akan berakhir 30 November ini.

Daging tersebut yang dikatakan dipesan pihak ibu pejabat syarikat berkenaan kemudiannya di sita bagi tujuan ujian makmal, selain daripada sijil halal dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal turut disita sama.

Restoran Terkenal Ada Sijil Halal JAKIM Diserbu Atas Dakwaan Hidang Menu Mi Kari Babi

Malah pemeriksaan sama turut dijalankan terhadap cawangan restoran berkenaan.

Kes disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.

Dalam video yang tular tersebut, ada menyebut dengan jelas nama restoran terbabit iaitu Oldtown Withe Coffee.

Namun dalam kenyataan terbaharu Oldtown, mereka menolak dakwaan semua produk yang dijual di premis mereka mengandungi bahan sumber daripada haiwan berkenaan.

BACA: Pandang Serius Fitnah Ayam Berulat, McDonald’s Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia sejak 2010 dan ini disahkan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM di Facebook, mereka tidak memandang ringan mengenai pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan.

Maka memandang berat tuduhan yang dilemparkan, Oldtown memberitahu mereka sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan tersebut.