Najib Razak Sangkal Kenyataan Gabenor Bank Negara Tentang Morotarium

najib razak

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya meluahkan rasa kekecewaan atas pengumuman Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus mengenai lanjutan morotarium pinjaman secara automatik dan secara pukal.

Terdahulu, Gabenor BNM menyatakan bahawa sekiranya kerajaan terus meletakkan lebih banyak wang di dalam ‘poket’ rakyat, dalam jangka masa pendek, ia akan menimbulkan banyak gangguan ekonomi sekali gus memberi kesan ekonomi yang negatif.

gabenor bank negara

Menurut beliau lagi, kedudukan bank perlu dijaga supaya mereka cukup wang untuk menyediakan pinjaman baharu dan tahap keyakinan serta kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka masa yang panjang.

Najib Razak menegaskan bahawa permohonan morotarium itu hanyalah sekadar penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan sahaja. Bukan meminta untuk dimansuhkan hutang terdahulu sepertimana yang pernah diminta oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyaatannya sebelum ini.

Terdahulu, dilaporkan pihak pembangkang bercadang untuk menolak Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.