KWSP Umum Cara Memohon i-Sinar Rabu Ini

i-sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi telah membuat kenyataan bahawa mereka akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.

i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya oleh KWSP, diwujudkan menerusi hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.

i-sinar

Pengeluaran i-Sinar telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz. Di dalam pembentangan tersebut, dilaporkan bahawa pengeluaran i-Sinar adalah mirip i-Lestari dengan pengeluaran maksimum RM500 sebulan cuma kali ini pengeluaran melalui akaun 1.

Walau bagaimanapun, masih belum ada keputusan lanjut tentang jumlah yang boleh dikeluarkan daripada akaun 1 oleh KWSP.

Ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan ini boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Terdahulu, pembangkang yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menolak Belanjawan 2021 sekiranya ia tidak memenuhi tuntutan membantu rakyat di masa pandemik ini.

Beza KWSP Akaun 1 dan Akaun 2

Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini.

Namun masih ramai yang keliru fungsi dan beza kedua-dua akaun ini. Baca lanjut di sini untuk anda ketahui dengan lebih mudah perbezaan kedua-dua akaun ini.

Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan ramai daripada kita memilih untuk menyewa daripada membeli.

Cakna dengan masalah yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari artikel ini.