Isteri, Pengurus Eksklusif Nafsu Suami?

suami isteri

Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya mengimpikan perkahwinan yang indah. Tidak kira pihak suami atau pihak isteri, keduanya perlu saling melengkapi bagi memenuhi kehendak masing-masing.

Dalam perkongsian seorang speaker motivasi di Facebook, Fadzli Aziz telah menceritakan luahan hati seorang isteri yang tidak ada ‘mood‘ untuk melayani suaminya. Kami kongsikan semula di bawah.

Jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami

“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya (Fadzli Aziz).

Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.

“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak ada mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajarlah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.

Itu luahan isteri.

suami isteri

Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.

“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.

Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?

Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?

Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.

Keperluan seksual tidaklah sampai jadi gastrik. Hehehe. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.

Lelaki yang tak dapat, keperluan emosinya mudah terganggu, makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.

Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.

Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.

Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan tak ada mood dan busy.

Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya.

Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”, jelas saya dari sudut pandang lelaki.

“Tapi En Fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.

“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.

Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Sama ada melalui pornografi dan masturbasi.

Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”,  jelas saya.

“Faham…hmmmm”.

suami isteri

“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Eksklusif puan adalah pengurus nafsunya.

Maka peranan puan besar. Andai kata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”

Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.

Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam.

Kesimpulan

Seperti yang diberikan pada awal kata, pasangan suami isteri merupakan satu ikatan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun jatuh wajib untuk suami melunaskan nafkah zahir batinnya kepada isteri, pihak isteri juga perlu lebih sensitif kepada keperluan suami.

Ikuti Fadzli Aziz sebagai Motivator Pengurus Emosi.

BACA: Panggil Pasangan Dengan Gelaran Ayah/Ibu Atau Abi/Umi Tidak Jatuh Hukum Haram