Tular Kisah Beri Nama Anak ‘Mipan Zuzuzu’, Ini Penjelasan Si Bapa

Bapa tular lepas gambar sijil kelahiran papar nama anak sebagai Mipan Zuzuzu.

Beberapa bulan lepas, lagu Mipan Zuzuzu menjadi fenomena dan digunakan secara meluas di media sosial terutamanya TikTok, Instagram dan Twitter.

Lirik dan melodi untuk iklan komersial makanan bijirin dari Rusia yang catchy ini bukan hanya diminati dan menjadi siulan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar sijil kelahiran yang mana si bapa menggunakan nama lagu tersebut iaitu Mipan Zuzuzu sebagai nama anak nya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Nama Anak Mipan Zuzuzu
Sumber: Mahzan Yusop

Tidak terlepas daripada menerima kecaman, pemilik gambar itu kemudiannya tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut media MStar, bapa kepada bayi berkenaan, Mahzan Yusop, gambar yang dimuat naik di Facebook peribadinya sudah disunting bagi menghiburkan rakan-rakannya.

Namun beliau tidak menyangka perbuatannya menyunting nama anak keduanya menjadi Mipan Zuzuzu itu akan menjadi tular sehingga jumlah perkongsian hantarannya sudah menghampiri angka 1,000.

“Nama sebenar anak kedua saya tu Marzuki bin Mahzan. Saya saja-saja edit sebab lagu tu pernah trending, saya selalu dengar.

Lagipun lagu tu macam ada kaitan juga dengan Marzuki, terutamanya perkataan Zuzu.”

Memandangkan seakan menjadi trend meletakkan nama anak lebih daripada dua perkataan, ada yang kemudiannya menyesal kerana mengikutinya.

Jika anda tergolong dalam kelompok yang menyesal ini, tahukah anda, nama mereka boleh ditukar di Jabatan Pendaftaran negara (JPN) dengan beberapa syarat?

BACA : Menyesal Letak Nama Anak Panjang? Ini Panduan Permohonan Proses Pendekkan Di JPN