Konon Belum Capai ‘Standard’ Karya Kreatif, Elli Suriati Kritik Filem Mael Totey

Walaupun kutipan filem Mael Totey The Movie oleh pengarah baru, Syahmi Sazli sudah pun berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta, pengarah dan penerbit veteran, Elli Suriati menjelaskan ianya masih lagi belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

Konon Belum Capai Standard ‘Karya Kreatif’, Elli Suriati Kritik Filem Mael Totey

Menurut Elli, dalam industri ada banyak genre filem dan ianya tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif yang sempurna.

Memberitahu kepada media MStar, dari sudut pandang beliau sebagai pembikin filem, secara teknikal ianya tidak mencapai standard tetapi kerana populariti Syahmi yang mempunyai peminat tersendiri menjadikan ia berjaya.

Sempat mengucapkan tahniah di atas kejayaan Mael Totey The Movie, Elli Suriati sebelum ini dikecam teruk netizen kerana menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengenakan lesen kepada pemilik saluran YouTube disebabkan golongan ini menjana pendapatan lumayan daripadanya.
Beliau yang turut pernah diboikot sehingga hilang tawaran bekerja selama 22 bulan memberitahu tidak kisah dikritik masyarakat kerana pengakhirannya penggiat seni juga yang menjadi mangsa keadaan.
Reaksi Syahmi Sazli? Kekal tenang dan menerima segala kritikan yang diberikan terhadap filem sulungnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

Bagi pengarah, Ghaz Abu Bakar, kejayaan filem Meal Totey The Movie yang meraih RM2.56 juta dalam masa empat hari tayangan di Astro First itu tidak perlu dicemburi penggiat seni kerana Syahmi mempunyai gaya dan genre pilihannya yang disukai penonton.

Malah Syamsul Yusof sendiri menghormati kejayaan Syahmi sebagai seorang pengkarya muda walaupun beliau bukan pembikin filem profesional dan hanya menggunakan bajet yang rendah kerana beliau tahu sasaran peminatnya.