Coway Run Ajak Anda Kekal Sihat Di Musim PKP Ini

Coway

Coway melancarkan Acara Coway Run 2020: Change The Game pada awal bulan November ini bagi mengajak rakyat Malaysia untuk mula memupuk tabiat bersenam dengan melengkapkan larian maya sejauh 40km tanpa had masa sehingga 29 November 2020.

Peserta yang ingin turut serta boleh berlari menggunakan mesin treadmill atau di kawasan anjung, laman atau ruang belakang rumah. Penghuni kediaman bertingkat boleh menggunakan gimnasium, ruang rekreasi awam, atau aktiviti turun naik tangga di blok kediaman masing-masing. Jika keadaan mengizinkan, anda juga boleh berlari di sekitar taman perumahan anda.

Coway

Tiga influencer Malaysia – Angeline Ong, Mark O’Dea dan Joanna Soh – berkongsi senaman yang mudah dan tidak membebankan, dan juga boleh dilakukan di rumah, selain mengesyorkan beberapa peralatan senaman yang berbaloi untuk dibeli.

Untuk menceriakan larian, Coway telah memperkenalkan ciri permainan interaktif yang membolehkan pelari mengumpulkan lencana pencapaian selepas menamatkan mercu jaya penting sepanjang larian yang ditetapkan pada Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km). Matlamatnya adalah untuk mendorong pelari menamatkan seluruh larian sehingga 29 November 2020.

Selain untuk bersuka-ria, sebanyak RM10 daripada setiap yuran pendaftaran peserta akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, yang membiayai inisiatif untuk membekalkan air bersih dan menggalakkan amalan kebersihan yang baik kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Pada tahun ini, lebih 300 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada projek 5 tahun ini yang bermatlamat memenuhi keperluan 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2021.

Coway

Untuk mengekalkan dan menambah baik cara larian di samping mencegah kesan
kecederaan jangka masa panjang, senaman perlu dilakukan sekerap mungkin. Sebenarnya, anda tidak memerlukan peralatan gimnasium canggih, mahupun rutin senaman yang meletihkan. Yang penting anda haruslah menjaga SOP sepanjang tempoh PKP ini.

Untuk menyertai acara ini, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.