Senarai Perdana Menteri Paling Lama Memerintah Di Dunia

Semalam, dunia dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa, 84 tahun semasa beliau menerima rawatan di Hospital Mayo Clinic, Amerika Syarikat. Menjawat jawatan Perdana Menteri sejak 1971, Sheikh Khalifa Salman merupakan individu paling lama di dunia menjawat tersebut.

perdana Menteri bahrain

Susulan daripada pemergian beliau, Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan negara akan berkabung selama seminggu dengan bendera dikibar separuh tiang.

Bendera Bahrain Se[aruh Tiang

Selain Sheikh Khalifa Salman, terdapat beberapa negara yang dipimpin oleh orang yang sama sejak puluhan tahun.

1. Kemboja – Hun Sen (35 tahun)

Perdana Menteri paling Lama di Dunia

Hun Sen yang dikenali dengan gelaran ‘Samdech’ yang dianugerahkan oleh Raja Norodom Sihanouk pada tahun 1993 telah memerintah sejak 1985.

2. Samoa – Tuilaepa Aiono Sailele Malielagaoi (21 tahun)

Perdana Menteri paling Lama di Dunia 1

Tuilaepa Aiono merupakan ketua pemerintah yang paling lama berkhidmat di Samoa iaitu sejak dari tahun 1998 lagi.

3. Saint Vincent and the Grenadines – Ralph Gonsalves (19 tahun)

Perdana Menteri paling Lama di Dunia 4

Ralph sudah mula mentadbir negara Saint Vincent and the Grenadines sejak dari 2001 hasil daripada kemenangan sebuah parti baharu yang merupakan gabungan dua parti lama iaitu Parti Buruh Saint Vincent dan Gernadines serta Gerakan Perpaduan Nasional.

4. Dominica – Roosevelt Skerrit (16 tahun)

Perdana Menteri paling Lama di Dunia 2

Roosevelt yang pernah terlibat dengan kontroversi rasuah sebagai pertukaran pasport diplomatik dan duta besar berjaya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2004.

5. Singapura – Lee Hsein Loong (16 tahun)

Tanpa sedar, negara jiran Malaysia ini turut diperintah orang yang sama sepanjang 16 tahun sejak 2004.

Pilihan raya yang dibuat pada Julai lalu menyaksikan beliau kekal sebagai Perdana Menteri Singapura selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin beliau menang 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

BACA: Digelar ‘Harimau’ Oleh Musuh, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Permainan Politik Tun Mahathir

Tak dilupakan juga, Perdana Menteri ke-4 Malaysia yang memerintah selama 22 tahun – Tun Dr Mahathir Mohamad bermula pada 1981 dan berakhir pada tahun 2003 sebelum dipilih semula menjadi Perdana Menteri ke-7 pada 2018 hingga 2020.

Sifatkan Bidang Geografi Dan Sejarah Tidak Dinamik, Pendapat Tun M Dibidas Netizen Sebagai Dangkal
Sumber: Buletin TTKM