Macam Dalam ‘Money Heist’, Perompak Larikan RM31.6 Juta Dari Bilik Kebal Kastam

Umpama dalam siri Money Heist, sekumpulan penjenayah perompak yang dipercayai terdiri daripada tiga individu telah melarikan wang tunai berjumlah 6.5 juta Euro (RM31.6 juta) selepas memecah bilik kebal pejabat kastam di Duisburg, Jerman.

BACA: Najib Razak Bakal ‘Bintangi’ Siri Dokumentari Netflix ‘Dirty Money’ Musim 2

Menurut pegawai polis, kumpulan tersebut kononnya menjalankan satu latihan untuk memasuki bilik kebal dari bilik bersebelahan yang terletak di ruang bawah tanah bangunan tersebut.

Macam Dalam ‘Money Heist’, Perompak Larikan RM31.6 Juta Dari Bilik Kebal Kastam
Sumber: polizi Krefeld

Jenayah yang dilakukan secara profesional dan dirancang teliti itu dikatakan dilakukan pada jam enam pagi menurut daripada laporan saksi yang mendengar bunyi kerja-kerja menggerudi sebelum tiga jam kemudiannya tiga orang lelaki dilihat berjalan keluar dari bangunan dan memunggah barang ke dalam van berwarna putih sebelum bergerak meninggalkan premis.

Daripada maklumat saksi lain, seorang lelaki dilihat berjalan berhampiran dengan pejabat kastam sebelum memasuki sebuah kereta dan bergerak ke arah yang sama dengan van putih tersebut.

Macam Dalam ‘Money Heist’, Perompak Larikan RM31.6 Juta Dari Bilik Kebal Kastam 1
Salah seorang daripada tiga suspek yang dirakam menerusi rakaman CCTV.

Gambar suspek perompak ala siri Money Heist yang diambil saksi kemudiannya dicetak dan diedarkan pihak polis dengan tawaran wang tunai sebanyak 117,600 Euro (RM572,440) kepada mereka yang menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditangkap.

Jerman kini sedang bergelut dengan beberapa masalah kecurian berprofil tingi melibatkan bank dan muzium sebagai sasaran utama penjenayah.

Awal Februari lalu, Mahkamah Berlin telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada tiga lelaki kerana melakukan kecurian 100kg syiling emas ‘Big Maple Leaf’ dari salah satu muzium di sana.

Syiling berkenaan merupakan salah satu daripada lima syiling yang dicetak pada tahun 2007 dianggap sebagai syiling terbesar dunia selepas syiling ‘Kangaroo Australia’ yang dikeluarkan pada tahun 2012.