Google Photos Bakal Tamatkan Perkhidmatan Storan Percuma Tanpa Had

Google Photos Tamat Storan Percuma Tanpa Had

Google Photos Bakal Tamatkan Perkhidmatan Storan Percuma Tanpa Had

Walaupun telefon pintar kini menjanjikan ruang storan yang mencukupi untuk menampung sejumlah foto dan video, namun masih ada juga yang menganggapnya tidak cukup.

Justeru, beberapa pilihan aplikasi penyimpanan storan percuma menjadi pilihan kedua buat pengguna, terutamanya yang paling popular seperti Google Photos.

Ramai memilih aplikasi Google Photos kerana boleh menyimpan dengan selamat selain boleh diakses di mana-mana sahaja ditambah pula ia menawarkan storan tanpa had secara percuma.

Bagaimanapun, dilaporkan bahawa Google telah membuat perubahan polisi yang mana penawaran storan percuma bagi perkhidmatan storan awan itu bakal ditamatkan.

Google Photos Tamat Storan Percuma Tanpa Had

Setelah lima tahun menawarkan storan percuma tanpa had dengan berkualiti tinggi, Google Photos akan mengenakan caj bermula 1 Jun 2021. Ini bermakna, pengguna Google Photos hanya akan menerima storan percumanya bersaiz 15GB sahaja.

Jangan risau, menurut pihak Google, pengguna masih boleh memuat naik gambar atau video berkualiti tinggi ke Google Photos sebelum tarikh tersebut.

Justeru, jika storan pengguna melebihi 15GB bermula tarikh itu, pengguna perlu melanggan plan perkhidmatan storan awan Google One yang berharga USD1.99 sebulan untuk kapasiti storan 100GB.

Google juga memperkenalkan polisi baharu untuk menghapus data dari akaun yang tidak aktif yang lama tidak log in sekurang-kurangnya dua tahun.

Jadi, anda yang menggunakan aplikasi Google Photos selepas ini perlu bijak menguruskan foto-foto dalam peranti anda atau bolehlah mencari alternatif lain.

Slot memori dan memori dalaman pada telefon pintar memang sangat penting. Disarankan, jika anda ingin membeli telefon pintar baharu, cari telefon pintar dengan memori dalaman sekurang-kurangnya 16GB, dan menyokong slot microSD dan minimum RAM 2GB.

BACA: Tak Perlu Pening Lagi, Ini Cara Cari Lagu Di Google Dengan ‘Humming’ Sahaja

Sumber: The Verge, Google