Digelar ‘Guards River’, Lelaki Ini Berdiri Seharian Di Tepi Sungai Elak Orang Ramai Buat Pencemaran

Lelaki Ini Berdiri Seharian Di Tepi Sungai Elak Orang Ramai Buat Pencemaran

Pemeliharaan kualiti air sungai amat penting, memandangkan air sungai masih digunakan sebagai bekalan air untuk setiap penduduk negara dan merupakan ekosistem bagi nelayan sungai.

Masalah pencemaran air sungai tidaklah hanya berlaku di Malaysia, banyak pihak di setiap negara mempunyai pelbagai langkah untuk memastikan persekitaran sumber nadi kita bersih.

Seorang lelaki warga India dari Indiranagar, Nashik menjadi tular gara-gara dia sanggup berdiri seharian di atas jambatan bagi mencegah orang ramai membuang sampah ke dalam sungai.

Lelaki Berdiri Seharian Tepi Sungai Elak Tercemar

Chandra Kishore Patil, melakukannya untuk menyedarkan masyarakat agar berhenti membuang sampah sembarangan khususnya ke dalam sungai. Sampah yang ditinggal di atas jambatan itu akan diangkut lori sampah pihak berkuasa.

Memetik laporan Hindustan Times, Patil memutuskan untuk mengambil sikap demi berusaha mencegah orang ramai mencemari alam sekitar. Aksi Patil tular setelah petugas IFS memuat naik berita dan gambar Patil dalam akaun Twitternya.

“Saya melihat lelaki ini berdiri di jalan ini sepanjang hari dengan wisel di mulutnya untuk menghentikan orang-orang melemparkan Dussehra ‘sampah suci’ dalam beg plastik ke Godavari, Nashik, India. Salam hormat untuk Pak Patil,” tulisnya.

Menerusi gambar itu, Patil kelihatan sedang berdiri di samping longgokan sampah beg plastik yang bertaburan di atas jambatan.

Kata Patil, selama ini memang tinggal berdekatan sungai. Dia melihat setiap tahun air sungai menjadi lebih kotor dan tercemar kerana ramai yang membuang sampah terutama setelah perayaan keagamaan.

Lima tahun jadi penjaga sungai

“Saya telah melakukan ini sejak lima tahun belakangan dan akan terus melakukan selagi kesihatan masih baik,” kata Patil.

Patil juga menceritakan suka-duka yang dilaluinya selama menjadi ‘penjaga sungai’ daripada sampah ini dengan pernah mendapat perlakuan kasar.

“Saya berdiri di tepi sungai dari pagi sampai jam 11 malam dilengkapi dengan wisel agar masyarakat tidak membuang sampah di sungai. Banyak yang bertindak kasar dengan saya, tetapi saya masih mengajar mereka untuk tidak melakukan hal-hal seperti itu,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia berurusan dengan masyarakat yang masih membantah, dia biasanya akan mengisi botol kosong dengan air sungai. Patil kemudian meminta orang-orang tersebut mengambil air dari botol tersebut. Mereka akan menolak dan, mereka menyedari air sungai sudah tercemar.

Di India, masalah membuang sampah di sungai masih berleluasa. Pernah dahulu tular sebuah video beberapa kumpulan membuang timbunan sampah secara terang-terangan di salah sebuah sungai Tamil Nadu.

BACA: Teknologi Semakin Berkembang, Tapi Sistem Pengurusan Sampah Negara Ini Masih Mundur

Sumber: Hindustan Times