Makan Kos RM150 Juta, Ini Sebab Kenapa Rakyat Tolak Perkampungan Al-Quran Putrajaya

Kredit: Anuar Musa

Akhir Julai lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang akan dibangunkan dengan kos sekitar RM150 juta.

Kata beliau, perkampungan tersebut akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan Al-Quran yang mana akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah tempat bagaimana ilmu Al-Quran itu dapat dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk yang lebih berkesan dan bermakna.

Makan Kos RM150 Juta, Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Tolak Perkampungan Al-Quran 2
Kredit: Anuuar Musa

Bukan sekadar masjid, perkampungan ini turut akan menempatkan beberapa studio, asrama, pusat acara pasar dan sebagainya yang akan digunakan untuk mengupas ilmu-ilmu Al-Quran dalam pelbagai bentuk dan aspek termasuklah percetakan dan pembelajaran.

Walaupun idea untuk membina perkampungan ini bagus, namun buat masa sekarang ianya bukanlah satu idea yang baik dan bernas untuk dilaksanakan pada pandangan rakyat.

Dalam keadaan ekonomi yang memburuk disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum surut, setiap pengeluaran perbelanjaan yang dibuat perlulah mengambil kira kepentingan rakyat.

Daripada sudut pandang rakyat, projek ini sebenarnya boleh ditangguhkan bagi mendahulukan dana tersebut untuk kegunaan lain seperti membantu pihak barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

BACA: Terjejas Teruk Akibat Pandemik COVID-19, Genting Jual Zouk RM42 Juta

Malah ada di antara mereka yang menyelar secara terbuka dengan menyatakan ianya adalah projek yang membazirkan duit rakyat kerana dana yang sepatutnya boleh disalurkan ke bidang lain seperti pendidikan, perumahan dan kebajikan rakyat sudah pun dibazirkan kepada projek yang tidak penting.

Makan Kos RM150 Juta, Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Tolak Perkampungan Al-Quran 1
Kredit: Anuar Musa

Bukan sahaja rakyat, malah idea ini turut dibantah beberapa Ahli Parlimen dan agamawan seperti Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor yang merasakan adalah lebih baik kerajaan mengutamakan usaha dalam memelihara kesihatan rakyat dan membantu mereka yang terjejas daripada sudut ekonomi.