Boleh Cecah RM61,000 Seliter, Apa Istimewanya Darah Biru Belangkas?

Tahukah anda, belangkas menjadi buruan sehingga dieksport ke luar negara kerana darah biru nya yang amat berguna untuk tujuan perubatan dan kosmetik?

Turut dikenali sebagai limulus polyphemus, harga seliter darah biru belangkas sekiranya dijual mampu mencecah hingga RM61,000!

BACA:¬†Nampak ‘Ringkas’Tapi Lukisan Ini Berjaya Dijual Dengan Harga Hampir RM200 Juta

Berhabitat di kawasan laut masin dan sedikit di paya air tawar, masih ramai sebenarnya tak tahu belangkas boleh dimakan.

Nampak menakutkan kerana fizikalnya yang pelik; berangka keras, bersendi dan ekor yang tajam, belangkas amat digemari kerana rasanya yang kenyal dan berlemak.

Boleh Cecah RM61,000 Seliter, Apa Istimewanya Darah Biru Belangkas 2

Keistimewaan Darah Biru Belangkas

Tidak seperti haiwan lain, darah belangkas unik kerana berwarna biru yang terhasil daripada kandungan tembaga di dalamnya.

Namun, bukan kandungan tembaga yang menjadikan ianya mahal.

Tetapi kandungan ejen pembekuan khas darah yang ada di dalamnya yang boleh menghasilkan satu ramuan yang digelar sebagai LAL (Limulus Amenocyte Lysate) yang berfungsi sebagai bahan yang mengenal pasti bakteria E-Coli dan salmonella pada aksin atau alat perubatan.

Boleh Cecah RM61,000 Seliter, Apa Istimewanya Darah Biru Belangkas

Ramuan LAL ini sangat penting supaya dapat memastikan ianya benar-benar selamat dan tidak tercemar sebelum diguna pakai pada manusia.

Sebelum penemuan LAL ini, saintis akan menggunakan haiwan seperti arbnab sebagai bahan eksperimen. Namun ianya dikatakan kurang efektif kerana tempoh masa yang diambil agak lama selain daripada simptom yang ditunjukkan pada arnab kemungkinan tidak begitu jelas.

Rasmi diperkenalkan dan dibenarkan penggunaan pada tahun 1970, saintis hanya memerlukan sedikit cecair LAL untuk memastikan alat perubatan atau vaksin yang diuji mereka bebas daripada bakteria berbahaya sebaik sahaja berlaku sentuhan pada keduanya – cecair LAL dan bahan yang diuji.

Tapi ini tidaklah bermakna darah biru akan bertindak sebagai pembasmi bakteria sebaliknya hanya sebagai pemberi amaran.

Darah biru belangkas

Untuk pengetahuan anda juga, dalam setahun kira-kira 600,000 ekor belangkas akan ditangkap untuk tujuan ini.

Dan tidak semua darah biru belangkas akan disedut untuk tujuan ini, sebaliknya hanya sekitar 30% sahaja daripadanya akan diambil sebelum haiwan tersebut dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Pada tahun 2016, International Union for the Conservation of Nature menyatakan kemungkinan habitat belangkas akan diancam kepupusan dalam tempoh 40 tahun akan datang sekiranya aktiviti ini masih diteruskan dengan jumlahnya berkurang sebanyak 30%.

Boleh Cecah RM61,000 Seliter, Apa Istimewanya Darah Biru Belangkas

Walaupun LAL Labs pernah mendakwa belangkas-belangkas yang dilepaskan semula ke habitatnya akan pulih seperti biasa, aktiviti ini tetap dikecam pencipta haiwan kerana selepas dilepaskan semula ke habitatnya, tiada siapa yang mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka.

Bagi mengelakkan kebergantungakan kepada belangkas, LAL Labs dikatakan sedang berusaha untuk menghasilkan LAL daripada sumber sintetik. Namun selagi ianya belum berhasil maka saintis terpaksa bergantung lagi kepada belangkas untuk mendapatkan sumber.

Hukum makan belangkas

Menurut satu siaran media Pejabat Mufti Wilayah, ada beberapa pendapat mengenai hukum makan belangkas dan ianya membawa kepada satu pendapat iaitu kesemuanya merujuk kepada maksud ikan dari sudut tafsirannya.

Dari sudut isytiqaq (kefahaman yang diperolehi daripada perkataan buruan) ia membawa maksud binatang yang cuba ditangkap dengan menggunakan usaha dan susah payah manusia yang mambawa pengertian:

“Dihalalkan kepada kamu untuk mengambil ikan-ikan yang terdapat di dalam laut dengan berusaha mendapatkannya, dan dihalalkan kepada kamu makanannya (didapati dari laut), iaitu yang diambil tanpa usaha dan susah payah.”

Sumber: Osman Affandi, Wikipedia, Big Think, Marine Species