Kisah Monyet Yang Ditangkap Atas Kesalahan Menjual Dan Mengedar Dadah

Tahukah anda, pada tahun 1999 dua ekor monyet iaitu Munni dan Hamid pernah ditangkap atas kesalahan mengedar dadah?

Menurut polis, Munni dan Hamid telah dilatih oleh pengedar dadah di wilayah Mugdapara Dhaka untuk membantu tiga orang yang turut ditahan bersama dalam perniagaan mereka.

Menurut seorang pegawai polis yang terlibat dengan tangkapan tersebut, tangkapan tersebut dibuat hasil daripada informasi orang awam.

Kisah 2 Ekor Monyet Yang Ditangkap Atas Kesalahan Edar Dadah 2

Munni ditugaskan untuk mengambil wang daripada pelanggan sementara pasangannya si monyet jantan, Hamid ditugaskan untuk menyerahkan sejumlah ubat batuk yang mengandungi kodein di negara tersebut.

Munni akan terus menyerahkan dadah berkenaan kepada Hamid sebaik sahaja mendapat wang daripada pelanggan dan Hamid kemudiannya akan menyerahkan dadah tersebut kepada pelanggan.

Pihak polis percaya bekalan dadah berkenaan diperoleh hasil daripada penyeludupan dari India dan diedarkan kepada mereka yang tidak mampu membeli dadah dan alkohol yang lebih mahal seperti heroin dan kokain.

Kisah 2 Ekor Monyet Yang Ditangkap Atas Kesalahan Edar Dadah 4
Munni dan Hamid.

Walaupun situasi menggunakan haiwan sebagai perantara perniagaan ini dianggap lucu dan menarik, namun ianya adalah satu rancangan dan pelan baru yang digunakan peniaga dadah dalam melakukan kegiatan mereka agar tidak tertangkap oleh pihak berkuasa.

Mahkamah kemudiannya memutuskan ketiga-tiga pesalah untuk dituduh di mahkamah, manakala dua ekor monyet tersebut, Munni dan Hamid yang digunakan untuk mengedar dadah telah dihantar ke sebuah zoo di Dhaka untuk dipulihkan.

Sebelum ini, produk berasaskan kelapa dari Thailand diboikot gara-gara didakwa mengeksploitasi monyet sebagai buruh paksa untuk memetik buah di ladang Thailand.

BACA: Produk Berasas Kelapa Dari Thailand Diboikot Gara-Gara Dakwaan Guna Monyet Petik Buah

Menurut PETA Asia, beberapa petani kelapa yang disiasat mengaku menculik monyet sejak dari usia kecil dari induk hutannya secara haram sebelum memerah tenaga mereka untuk bekerja di ladang.