Pfizer, BioNTech Dakwa Vaksin COVID-19 Mereka 90% Berkesan

vaksin covid-19

Pfizer Inc pada hari ini mengatakan bahawa eksperimen vaksin COVID-19 telah mencapai keberkesanan lebih daripada 90% berdasarkan data awal mereka. Ini boleh dikatakan sebagai sutu kemenangan besar dalam memerangi wabak yang telah membunuh lebih 1 juta orang, merosakkan ekonomi dan meyukarkan kehidupan seharian penduduk dunia.

Pfizer dan rakan niaganya BioNTech SE dari Jerman merupakan pengeluar bahan kesihatan pertama yang berjaya menunjukkan data daripada percubaan klinikal berskala besar yang menghasilkan vaksin koronavirus. Kedua-dua syarikat ini menyatakan bahawa mereka tidak menemui sebarang masalah keselematan yang serius berdasarkan eksperimen ini dan berharap untuk mendapatkan kebenaran kegunaan darurat di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

vaksin covid-19

Sekiranya dibenarkan, didapati bahawa jumlah dos vaksin yang akan dihasilkan pada peringkat awal adalah amat terhad. Antara persoalan yang timbul adalah berapa lama vaksin ini mampu memberi perlindungan daripada jangkitan COVID-19. Walau bagaimanapun, berita ini menunjukkan bahawa terdapat harapan penciptaan vaksin yang mampu betul-betul menangani wabak koronavirus ini.

Pfizer berharap untuk mendapatkan kebenaran penggunaan vaksin ini di Amerika Syarikat secara meluas bagi mereka yang berusia 16 hingga 85 tahun. Untuk melakukannya, Pfizer perlu mengumpulkan data keselamatan selama dua bulan daripada kira-kira 44,000 peserta kajian, yang dijangkakan bakal selesai pada akhir November.

Pfizer mengatakan analisis sementara dilakukan setelah 94 peserta dalam percubaan perkembangan COVID-19, mereka telah memeriksa berapa banyak daripada peserta tersebut yang menerima vaksin berbanding plasebo.

Syarikat itu tidak menghuraikan dengan tepat berapa banyak antara peserta tersebut yang telah jatuh sakit menerima vaksin. Namun, lebih dari 90% keberkesanan menunjukkan bahawa tidak lebih 8 orang daripada 94 orang yang menghidapi COVID-19 telah diberi vaksin, yang diberikan dalam dua tembakan sekitar tiga minggu.

Tahap keberkesanannya jauh melebihi keberkesanan 50% yang diperlukan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat untuk vaksin koronavirus.

Untuk mengesahkan kadar keberkesanannya, Pfizer mengatakan akan meneruskan eksperimen sehingga terdapat 164 kes COVID-19 di kalangan peserta. Memandangkan kenaikan kadar jangkitan Amerika Syarikat baru-baru ini, jumlah itu mungkin dapat dicapai pada awal Disember.

Data tersebut belum dikaji semula atau diterbitkan dalam jurnal perubatan. Pfizer mengatakan ia akan melakukannya setelah mendapat keputusan dari keseluruhan percubaan.

Pfizer dan BioNTech mempunyai kontrak USD$1.95 bilion dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk memberikan 100 juta dos vaksin mulai tahun ini. Mereka juga telah mencapai perjanjian pembekalan dengan Kesatuan Eropah, United Kingdom, Kanada dan Jepun.

Untuk menjimatkan masa, syarikat telah mula membuat vaksin sebelum mereka mengetahui sama ada ia akan berkesan atau tidak. Mereka sekarang berharap dapat menghasilkan hingga 50 juta dos atau cukup vaksin untuk melindungi 25 juta orang tahun ini.

Pfizer mengatakan pihaknya akan menghasilkan hingga 1.3 bilion dos vaksin pada tahun 2021.

Terdahulu, China telah berjaya mempatenkan vaksin COVID-19 pertama ciptaan mereka. Walau bagaimanapun, keberkesannya masih belum diberitahu kepada umum.

Sumber: Investing.com