Pembangkang Bakal Tolak Belanjawan 2021

belanjawan 2021

Pagi 9 November 2020 berlangsungnya perbahasan parlimen selepas pembetangan Belanjawan 2021 yang telah berlangsung pada 6 November 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.

Perbahasan pada hari ini berkisar kepada ulasan Belanjawan 2021 yang diketuai oleh ketua pembangkang Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Secara keseluruhannya, pihak pembangkang didapati tidak akan meluluskan Belanjawan 2021 dengan mudah kerana terdapat beberapa tuntutan yang tidak bersesuaian dengan keadaan semasa serta tidak menepati tujuan membantu rakyat melawan pandemik COVID-19.

belanjawan 2021

Antara perkara yang diminta pihak kerajaan untuk mempertimbangkan semula adalah memindahkan dana pembangunan negara kepada dana kecemasan menangani COVID-19, memansuhkan belanjawan bagi JASA dan melanjutkan morotarium perbankan.

Terdahulu, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz turut menekankan bahawa ini merupakan belanjawan bagi menangani COVID-19 dan terdapat empat syarikat swasta yang turut serta membantu kerajaan dengan menyediakan peruntukan untuk melawan pandemik ini.