Elak Kena Tipu, Semak Dulu Beza Harga Sebelum Dan Selepas ‘Sale’ Guna Cara Ini

Sebagai pembeli, pastinya ramai daripada kita akan menunggu sale untuk membeli kerana pada ketika itulah akan adanya harga jualan pada ketika itu jauh lebih rendah daripada biasa. Namun ada sesetengah peniaga yang tidak jujur telah melakukan tipu pada harga sale?

BACA: Elak Jadi Mangsa Penipuan Barangan ‘Online’, Ini 7 Tip Daripada PDRM

Mereka ini akan mengambil kesempatan menjual produk dengan harga jauh lebih tinggi daripada biasa semasa sale, kononnya potongan sampai 50% hingga 70%, rupanya-rupanya harga sama sahaja.

Jadi bagaimana caranya untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku dan anda menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab ini?

Semak harga sebelum dan selepas sale bagi elak ter tipu dengan harga sale

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menyemak perbezaan harga sebelum dan selepas sale dengan menggunakan Chrome Extension Aliprice Shopping Assistant.

Perbezaan akan ditunjukkan dalam bentuk graf. Di bawah ini kami kongsikan beberapa contoh yang ada.

1. Vivo Y91C (2GB + 32GB)

Elak Kena Tipu, Semak Dulu Beza Harga Sebelum Dan Selepas ‘Sale’ 1

Pada Oktober 2020, Vivo Y91C (2GB + 32GB) dijual dengan harga RM499. Bermula 6 November, telefon pintar ini dijual dengan harga RM379 dan semasa sale 11.11 nanti, ianya akan dijual dengan harga serendah RM319 pada jam 12am hingga 2am.

Untuk dapatkan promosi telefon pintar ini, anda boleh KLIK DI SINI.

2. adidas Running Duramo 

Elak Kena Tipu, Semak Dulu Beza Harga Sebelum Dan Selepas ‘Sale’ 2

Dalam graf di atas, anda dapat lihat harga sepasang adidas Running Duramo 9 Shoes Men Blue dijual dengan harga RM260 dan harga berkenaan kekal sama sehinggalah ia jatuh pada 5 November (Shopee Brand Sales) sebelum kembali normal semula pada keesokannya.

Untuk sale 11.11, adidas Shopee ada menawarkan pelbagai baucar menarik dan tawaran diskaun yang berbaloi untuk anda. Antaranya pulangan semula 10%  coins dengan minimum pembelian RM0, 7% pulangan coins dengan minimum pembelian RM150 dan 5% potongan harga dengan pembelian minimum RM0.01.

Untuk membeli, anda boleh KLIK DI SINI.

3. Dyson Cyclone V10 Fluffy Vacuum Cleaner

Elak Kena Tipu, Semak Dulu Beza Harga Sebelum Dan Selepas ‘Sale’ 3

Manakala untuk produk di atas pula anda dapat lihat harga permulaan adalah RM2,499 sebelum promosi dilakukan dua kali dengan harga jualan RM2,299.

Semasa sale 10.10, produk ini dijual dengan harga RM1,999 sebelum kembali normal dan tiba-tiba meningkat menjadikan jumlahnya kini sebanyak RM2,699 – berbeza RM200 dengan harga permulaan dalam tempoh tiga bulan.

Elak Kena Tipu, Semak Dulu Beza Harga Sebelum Dan Selepas ‘Sale’ 4

Melihat pada rekod enam bulan pula, produk ini pada awalnya dijual dengan harga RM4,988.91 pada Mei sebelum harganya menjunam turun ke RM2,499 pada Julai 2020.

Untuk melakukan semakan perbezaan harga, anda boleh tambahkan extension tersebut dengan menggunakan pautan di bawah:

  1. Shopee – shorturl.at/vGOT9
  2. Lazada – shorturl.at/hjHP2

Apa yang boleh anda buat kalau di tipu dan tertipu sekiranya membeli secara dalam talian atau semasa harga sale?

  1. Laporkan di Tribunal Pengguna.
  2. Lakukan aduan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  3. Laporkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Penipuan pembelian secara dalam talian boleh didakwa mengikut Seksyen 415, 416, 419 dan 420 Kanun Keseksaan.

APA NAK KENA BUAT KALAU KENA TIPU DALAM JUALAN ONLINE?

Apa yang anda perlu??

Resit atau bukti pembayaran hendaklah di…

Posted by Natsys Windows Tablet on Monday, 4 August 2014