15 Tahun Diami Pondok Usang Tanpa Dapur Dan Tandas, Kehidupan Serba Daif Nenek Ini Undang Simpati

Pernah anda bayangkan hidup dalam sebuah pondok usang yang hampir roboh tanpa kemudahan tandas dan dapur?

Selepas perginya suami tersayang 15 tahun lalu, seorang waremas, Rabiah Jusoh, 70 tahun terpaksa mendiami sebuah pondok usang tanpa tandas di kawasan berhampiran muara sungai di Kampung Pauh 100.

Pondok yang terletak bersebelahan rumah anak bongsu lelakinya yang berusia 34 tahun itu dibina dengan menggunakan kayu-kayu terpakai yang dikutip di sekitar kampung.

15 Tahun Hidup Dalam Pondok Usang Tanpa Dapur Dan Tandas, Kehidupan Serba Daif Warga Emas Ini Undang Simpati 1

Disebabkan pondok tersebut hanya ada sebuah bilik dan ruang tamu yang digunakan untuk bersembahyang, untuk mandi, Rabiah terpaksa mandi di luar dengan menggunakan air paip yang disambung dari rumah anaknya.

Untuk membuang air besar pula, Rabiah akan menggali tanah dan mengambus semula selepas selesai semuanya.

15 Tahun Hidup Dalam Pondok Usang Tanpa Dapur Dan Tandas, Kehidupan Serba Daif Warga Emas Ini Undang Simpati
Sumber: HM

Walaupun sedar kehidupanya terlalu sedih, namun beliau tidak mahu tinggal bersama anak-anak kerana risau menyusahkan anak-anak yang bukan daripada orang senang.

“Saya ada empat anak berusia 34 sehingga lewat 40-an, semua sudah berkeluarga. Anak sulung lelaki meninggal dunia dua minggu lalu, seorang lagi anak lelaki lumpuh kerana penyakit angin ahmar dan dibantu anaknya menjual kuih, sementara yang bongsu lelaki seorang nelayan.”

Zink rumah yang senget, penuh dengan lubang dan hampir rebah itu pernah terbang dibawa ribut dan hampir terkenanya, namun Rabiah bersyukur kerana beliau terselamat dalam kejadian tersebut.

BACA: Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka Kotor, Tali Siap Berjahit Bukti Bukan Semua Keluarga Mampu

Kalau keadaan hujan atau ribut terlalu kuat, pondok akan bergegar macam nak roboh. Jadi beliau akan melarikan diri ke rumah rakan di kawasan berhampiran.

Mengambil upah dengan membersihkan ikan bilis RM1 setiap 1kg, Rabiah mampu menyiapkan 30kg dalam masa seminggu sehingga kulit jarinya menggelupas.

15 Tahun Hidup Dalam Pondok Usang Tanpa Dapur Dan Tandas, Kehidupan Serba Daif Warga Emas Ini Undang Simpati 3

Baru-baru ini ada yang menghantar kayu untuk membaiki pondoknya yang dibina di atas tanah yang dibeli dengan harga RM10,000 (berbaki hutang RM5,300), namun ianya tidak mencukupi dan beliau pun tidak mempunyai duit untuk membeli lebihannya.

Sekiranya anda mahu membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Amal Kebajikan Cempaka Merah yang berjanji akan membantu menguruskan keperluan harian Rabiah selain daripada membantu untuk membina rumah yang lebih selesa buat beliau.

Pertubuhan Amal Kebajikan Cempaka Merah Bank Islam – 3072010137874.