Implikasi Kemenangan Joe Biden Sebagai Presiden Amerika Syarikat Kepada Malaysia

presiden amerika syarikat

Calon Demokrat, Joe Biden telah diumumkan memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat ke-46 pada tengah malam 8 November 2020 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

presiden amerika syarikat 2

Kejayaan calon berusia 77 tahun itu dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Jadi, apa yang kita boleh simpulkan dengan kemenangan Joe Biden ini?

Perang Dagangan Amerika Syarikat & China Reda

Seperti mana kita tahu, pemerintahan Donald Trump telah menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China. Kemudian, Trump tampak amat ke depan dalam hal mencari masalah dengan China seperti menyekat teknologi 5G Huawei, menyekat aplikasi media sosial TikTok, menubuhkan pakatan Indo-Pacific dengan Jepun, India dan Australia untuk mengekang pengaruh China dan yang terakhir menyokong Taiwan untuk melawan China.

Tambahan lagi, Trump merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama yang berjumpa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Amerika Syarikat berbaik-baik dengan Korea Utara yang merupakan sekutu dan jiran China dengan harapan dapat memberi tekanan maksimum kepada China.

presiden amerika syarikat

Dengan kemenangan Biden, dijangka beliau akan ‘kurang’ membuat masalah bersama China (Amerika Syarikat masih masuk campur mengenai kuasa China di Laut China Selatan). Ini akan menjadikan syarikat besar daripada China mampu berdagang tanpa dikenakan cukai yang tinggi di Amerika Syarikat.

Antara kaunter-kaunter saham di Malaysia yang berkaitan dengan syarikat teknologi daripada China adalah:

  1. PENTA
  2. FRONTKN
  3. GREATEC
  4. UWC
  5. MI
  6. SCOMNET

Tenaga Hijau Diperkasa

Pengundi Demokrat Amerika Syarikat sangat peka kepada penjagaan alam sekitar. Di Amerika Syarikat, cari gali minyak dan gas banyak berlaku di atas daratan (fracking). Kesan fracking ini amat buruk kepada persekitaran. Antara polisi Biden adalah untuk mengurangkan kebergantungan bahan carigali secara fracking dan memperkasakan tenaga hijau.

presiden amerika syarikat

Biden dilaporkan bakal membelanjakan USD$2 trillion bagi pembagunan tenaga hijau Amerika Syarikat. Satu lagi, Biden merancang untuk menamatkan gas emisi daripada pusat jana kuasa sebelum tahun 2035.

Maka, cara yang baik untuk menggantikan sumber tenaga minyak dan gas adalah melalui sistem tenaga solar dan juga tenaga daripada kincir angin. Disebabkan ini, beberapa syarikat di Malaysia, antaranya:

  1. SLVEST
  2. TEKSENG
  3. CYPARK
  4. NGGB

Sektor Kesihatan Diperkasa

Kekalahan Trump kali dilihat berpunca daripada kegagalan Trump untuk memikat hati rakyat Amerika Syariakt dengan percambahan dan peningkatan kes COVID-19 yang tidak terkawal selain pakej stimulus ekonomi Trump yang sangat rendah berbanding apa yang Biden tawarkan.

Kebanyakan negeri selatan Amerika Syarikat paling terkesan buruk akibat daripada pandemik ini, jadi Biden sentiasa mengutuk keras cara Trump mengatasi COVID-19. Negeri selatan ini ada peratusan rakyat berketurunan Afrika (African-American) yang tinggi. Biden cuba pikat hati pengundi di tempat ini dengan nostalgia rindu zaman Obama, lebih-lebih lagi berikutan kes George Floyd.

presiden amerika syarikat

Diberitakan Biden bakal memperkasa ekonomi rakyat Amerika Syarikat yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Sektor kesihatan juga bakal diperkasa dan penyelidikan serta pembangunan vaksin bakal dipergiat bagi mengatasi masalah ini.

Keadaan ini pastilah memberi impak juga kepada kaunter-kaunter berkaitan kesihatan di Malaysia, antaranya

  1. TOPGLOV
  2. SUPERMX
  3. KOSSAN
  4. HARTA
  5. HWGB
  6. BINTAI
  7. DPHARMA
  8. PHARMA

Kesimpulan

Dasar kapitalis Trump telah mengakibatkan seterunya, Biden memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat kali ini. Walaupun beberapa perkara positif berjaya dikupas oleh penulisan ini, hala tuju yang bakal dibawa oleh pemerintahan berikutnya masih belum dikenalpasti.

Kepada para pedagang di Malaysia pula harus peka dengan perubahan yang bakal dibawa oleh Joe Biden. Sama ada ianya baik atau buruk, sama-sama kita nantikan