Ganjaran Lumayan Menanti Penyalur Maklumat Kegiatan Jenayah – Kerajaan

Banyak perkara menarik yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain daripada peruntukan sebanyak RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), antara yang mendapat perhatian adalah ganjaran yang ditawarkan kepada mereka yang menyalurkan maklumat mengenai salah laku jenayah di Malaysia.

Beliau kemudiannya memberi contoh isu pencemaran sungai di Selangor yang menyebabkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terpaksa berdepan dengan kesukaran dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

belanjawan 2021 2

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 1 bermula Januari 2021 selama 12 bulan.

BACA: Kerajaan Benarkan Pencarum Keluar RM500 Sebulan Dari Akaun 1 Bermula Januari 2021

Ianya adalah bertujuan untuk membantu dalam meringankan bebab pencarum yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.