2 Helikopter Bertembung Ketika Ujian Penerbangan Sebelum 1 Daripadanya Terhempas Di Ampang

Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan padang berhamporan sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang pada jam 11 pagi tadi.

BACA: Ampang Dalam Gombak? Ini Sempadan 9 Daerah Selangor Yang Anda Perlu Tahu

Dalam kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan seramai dua individu dilaporkan terkorban iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom manakala dua lagi yang terselamat ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutid Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Helikopter Bertembung Ketika Ujian Penerbangan Terhempas Di Gombak 1
Sumber: Astro Awani
Helikopter Bertembung Ketika Ujian Penerbangan Terhempas Di Gombak
Sumber: Astro Awani

Menurut sumber, dua buah helikopter tersebut dipercayai bertembung dalam satu ujian udara sebelum terhempas. Pihak berkuasa memberitahu mereka mengetahui mengenai insiden helikopter terhempas di Ampang tersebut hasil daripada makluman orang awam.

Manakala sebuah helikopter lagi selamat mendarat berhampiran padang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Taman Melawati.

Helikopter Bertembung Ketika Ujian Penerbangan Terhempas Di Gombak 2

Pihak polis menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut.

Video yang sempat dirakam orang awam.

Awal Januari lalu, bintang dan lagenda bola keranjang Amerika Syarikat (NBA), Kobe Bryant antara yang dilaporkan maut dalam nahas helikopter berhampiran Calabasas, California.

Helikopter persendirian yang dinaiki Bryant dilaporkan terbakar dan terhempas telah mengorbankan lapan penumpang lain termasuk anak perempuannya, Gianna Maria Onore, 13 tahun dan jurulatih besbol, John Altobelli.