Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back In’

Tahukah anda parkir secara back-in di sesetengah kawasan Amerika Syarikat boleh menyebabkan anda disaman pihak berkuasa?

Ya, inilah yang akan berlaku di Sarasota, Florida. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ross Creation telah disaman pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaannya secara back-in.

Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back-In’
Sumber: RossCreation

Beliau kemudiannya telah melakukan sesuatu yang ‘mencabar’ undang-undang tersebut dengan melakukan modofikasi pada kenderaannya, iaitu bahagian belakang kereta dibuang dan digantikan dengan bahagian hadapan.

Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back-In’ 1
Sumber: RossCreation

Ross kemudiannya memakir semula kereta baharunya di kawasan tersebut dan bersembunyi untuk merakam reaksi pegawai penguatkuasa tersebut selepas melihat inovasi yang dilakukannya.

Tonton video penuh di bawah:

Untuk pengetahuan anda, peraturan ini dibuat adalah dengan tujuan keselamatan dan kecekapan operasi pihak penguat kuasa bagi memastikan kenderaan yang diletakkan di kawasan lot parkir bandar, jalan dan sebagainya mempunyai lesen yang sah.