Rahsia Terbesar Kejayaan Jenama Tupperware Hanyalah Dengan Penganjuran Parti

Sebut je Tupperware, pastinya gerun memikirkan akibat sekiranya barangan tersebut tertinggal di mana-mana. Percaya atau tidak penganjuran parti menjadi rahsia terbesar kejayaan Tupperware sebagai produk bekas makanan?

Menjadi jenama kesayangan kaum ibu, pernah tak anda terfikir bagaimana jenama Tupperware mampu bertahan sehingga 74 tahun dalam industri bekas makanan di dunia dan kekal popular hingga ke hari ini?

Sejarah Tupperware

Diasaskan oleh Earl Silas Tupper pada tahun 1939, Earl mendapat inspirasi daripada penutup tin cat yang sangat ketat sehingga membolehkan cat kekal elok tanpa kering.

Pada ketika ini peti ais masih lagi belum digunakan secara meluas, dan idea Earl untuk mencipta bekas makanan yang dipanggil Tupperware ini dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.

Rahsia Kejayaan Tupperware Hingga Jadi Jenama Paling Disayangi Kaum Ibu 1

Pada awal dicipta, bau plastik pada Tupperware sangat kuat. Namun seiring dengan masa, Earl mula belajar menghasilkan Tupperware yang bebas bau plastik.

Pada tahun 1946, Tupperware memasuki pasaran dan mendapat liputan meluas dan sambutan yang luar biasa kerana cirinya yang kedap udara, mudah dibawa dan digunakan menjadikannya pilihan terutamanya buat kaum ibu yang sebelum ini hanya menggunakan bekas kaca, besi atau pun kayu untuk menyimpan makanan.

Tidak lama kemudian, Tupperware mula mempatenkan teknologi burp seal mereka di produk.

Brownie Wise

Antara individu yang banyak membawa nama Tupperware ke umum ialah Brownie Wise. Brownie yang terlibat dalam bahagian direct selling mempunyai skill komunikasi dan jualan luar biasa yang mampu menarik orang ramai untuk membeli produk yang beliau jual.

Selain Tupperware, Brownie juga merupakan top seller syarikat produk perkakasan rumah di Stanley Home Products. Bersama Tupperware, Brownie menjadi penjual produk tersebut paling berjaya dengan rekod penjualan paling banyak.

Parti Tupperware

Brownie kemudiannya mencadangkan agar satu parti Tupperware diadakan pada 1948 dan ianya mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai terutamanya kaum ibu yang bekerja sebagai suri rumah tangga.

Rahsia Kejayaan Tupperware Hingga Jadi Jenama Paling Disayangi Kaum Ibu

Kagum dengan kejayaan Brownie, Earl telah melantik beliau sebagai Timbalan Presiden di Tupperware selepas cubaan Earl untuk meniru Brownie gagal.

Selepas Brownie menjadi sebahagian daripada syarikat Tupperware, Earl menarik semua produknya daripada dijual di pasar raya dan kedai runcit

Parti Tupperware – Kejayaan Teknik Pemasaran

Menggunakan kepakaran Brownie, Tupperware mewujudkan Jabatan Home Parties yang diketuai Brownie dengan memfokuskan kepada penjualan produk dalam parti yang mana hasilnya, jualan produk Tupperware meningkat berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

Sambil-sambil parti, sambil itu jugalah mereka menjana pendapatan daripada penjualan produk.

Parti Tupperware

Sesiapa yang mahu mendapatkan Tupperware pada ketika itu, perlu datang ke parti kerana ianya tidak dijual di kedai-kedai biasa.

Bagi membuatkan parti lebih menarik, di setiap parti akan dibuat tema serta kod pemakaian yang perlu penjual Tupperware ikuti supaya produk mereka lebih nampak menarik.

BACA: Rahsia Kejayaan Malaysia Atasi Krisis Kewangan Asia 1997/1998 Tanpa Bantuan IMF

Parti yang akan dijalankan selama empat hari ini akan dipenuhi dengan program dan aktiviti menarik antaranya eksprerimen perbezaan penyimpanan barang makanan menggunakan produk Tupperware dan bekas makanan lain, ceramah motivasi dan paling ditunggu-tunggu ialah acara hadiah misteri yang mewah.

Parti Tupperware mencipta kejayaan setiap kali dianjurkan kerana produk mampu terjual hingga USD400.

Pemecatan Brownie

Disebabkan Brownie lebih ke depan dalam menjual produk Tupperware, populariti Brownie sudah melebihi Earl sehingga beliau berjaya menjadi wanita pertama yang muncul sebagai cover kepada majalah Business Week pada 1954.

Ramai yang tersalah sangkak jenama Tupperware adalah milik Brownie menyebabkan Earl berang lalu memecat Brownie pada 1958 dengan pampasan gaji setahun sekitar USD30,000.

Namun Earl menggunakan alasan Brownie telah menyebabkan kerugian kepada syarikat dengan menganjurkan acara gala dan malam penghargaan.

Krisis Tupperware, Brownie dan Earl

Selepas daripada pemecatan Brownie, Earl menerima beberapa tawaran daripada beberapa syarikat untuk membeli Tupperware dan menerima tawaran Rexall Drug Company dengan kadar jualan lebih kurang USD16 juta.

Walaupun kemudiannya ada melakukan cubaan untuk menjalankan beberapa perniagaan, kesemuanya gagal dan tidak berjaya seperti Tupperware.

Tupperware

Manakala Browie pula cuba membuat parti jualan kosmetik beliau, namun ianya turut gagal kerana konsep tersebut sudah sinonim dengan produk Tupperware.

Menjelang suku ketiga 2020, pendapatan Tupperware dikatakan meningkat daripada jangkaan awal sehingga nilai akhirnya mencecah USD477.2 juta.