Dikecam Kerana Iklan ‘Pekerja Muslim Dan Jaga Solat’, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik

Gambar hiasan. Sumber: UNHCR

Satu iklan jawatan kosong oleh sebuah klinik pergigian swasta di Shah Alam, Dental Republik telah menerima kecaman hebat selepas syarat ‘hanya individu Muslim dan menjaga solat’ menjadi perhatian netizen.

Ada yang mengkritik dengan mengatakan adakah perlu tahap agama seseorang itu dijadikan sebagai ukuran bagi membolehkan mereka diterima beerja.

Biarpun dikritik, Pengarah Eksekutif Dental Republik, Dr Nik Ahmad Syakir tetap mempertahankan syarat tersebut dengan hujah bahawa agama Islam telah menggariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orag dalam mencari rezeki sama ada pekerja awam, swasta atau bekerja sendiri.

Dikecam Kerana Iklan Pilih Pekerja Muslim Yang Jaga Solat, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik 1

Menurut Dr Nik, meletakkan ketaatan dan kepercayaan kepada agama sebagai panduan bagi memastikan setiap pekerjaan dilakukan mendapat rezeki yang halal, berkat dan reda Tuhan.

“Ini kepercayaan kami orang Islam. Sama juga dengan agama lain yang percaya fengshui dan sebagainya.

Jadi, jika ada yang tak rasa selesa dengan keputusan ini, kami dari Klinik Pergigian Dental Republik memohon maaf namun kami tetap dengan pendirian kami dalam memilih pekerja.”