Belanjawan 2021 Bakal Fokus Kepada Sektor Kesihatan

belanjawan 2021

Belanjawan 2021 bakal diumumkan pada 6 November 2020 pukul 3 petang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walaupun berlaku pelbagai spekulasi politik yang melanda negara, dijangka ahli kabinet bakal menyokong pelan belanjawan kali ini atas nasihat Yang Dipertuan Agong.

Menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan tahun lalu, sektor pendidikan menerima peruntukan yang tinggi berbanding sektor lain.

Namun, melihat kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda mahu reda, sektor kesihatan dan keselamatan dijangka diberi tumpuan utama dalam Belanjawan 2021.

Keutamaan kini ialah terhadap tenaga kerja, peralatan kesihatan dan kemudahan perubatan lain. Negara juga sedang merancang untuk mendapatkan vaksin COVID-19 daripada luar negara.

belanjawan 2021

Menurut One News, Belanjawan 2018 menyaksikan peruntukan RM26.5 disalurkan kepada sektor kesihatan negara.

Jumlah berkenaan meningkat sebanyak RM2.5 bilion kepada RM29 bilion dalam Belanjawan 2019.

Antara sektor lain yang dijangka bakal dipacu pada Belanjawan 2021 adalah sektor teknologi dan pembinaan, Ini adalah untuk memastikan negara bersedia dengan situasi kerja ‘Work From Home’ serta ingin menambah kepesatan ekonomi rakyat.