Ini Yang Akan Terjadi Apabila Saham Syarikat Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia

saham bursa malaysia

Apabila syarikat yang disenarai awam dinyahsenarai dari pasaran saham Bursa Malaysia, apa kesan kepada pemegang saham yang belum melupus pegangan mereka?

Syarikat di Bursa Malaysia boleh dinyahsenarai melalui 2 cara;

  1. Tawaran pengambilalihan (privatization)
  2. Melalui PN17

PN17 bukan bermakna syarikat yang mempunya masalah kewangan. Ada beberapa kriteria sebelum syarikat dikategorikan sebagai PN17 (Practice Note 17).

Melalui privatization, pemegang saham sedia ada akan diberi pampasan dengan tawaran harga pengambilalihan. Harga boleh jadi tinggi atau rendah dari harga pasaran.

Bergantung kepada mesyuarat agung luar biasa ataupun EGM (extraordinary general meeting) yang akan membuat undi; walaupun rendah; majoriti pemegang saham bersetuju, maka saham syarikat tersebut akan dinyahsenarai.

Pelabur akan mendapat kembali jumlah dan pegangan saham tersebut. Yang ini, kita boleh tengok contoh kepada Mamee, Oldtown, Kris Assets, Deloyd, Kulim, QSR, KFC dan sebagainya.

saham bursa malaysia

Bagaimana pula syarikat yang dinyahsenarai kerana tidak mematuhi syarat penyenaraian? Apa jadi kepada pemegang saham?

Contohnya; Fatiya Latiff, kalau dia ada pegang lagi saham Sumatec. Dan Sumatec sudah dinyahsenarai saham Bursa Malaysia. Kalau dia jual memang akan rugi.

Kalau tak jual; apa jadi pada pelaburan beliau? Katakanlah Sumatec dinyahsenarai seperti mana High5 (Silverbird) dahulu. Hakikatnya, dia masih lagi pemegang saham.

Kesannya

Berbanding pasaran terbuka; akan ada pembeli yang sanggup beli atau jual. Bila dinyahsenarai; pelabur kena cari sendiri pembeli yang akan beli saham tersebut; memandangkan saham yang dinyahsenarai selalunya adalah lemah secara asas (fundamental); nak mencari pelabur baru untuk membeli saham adalah sukar

1. Kesan lebih kepada pelabur minoriti. Mereka tidak akan mendapat maklumat tentang perjalanan syarikat. Hak pelabur minoriti tidak akan dijamin. Nilai pegangan tidak diketahui.

2. Bila ada petition winding up daripada kreditor kerana kegagalan membayar hutang; proses kecairan untuk mejual aset. Ia akan memakan masa. Aset akan dijual dalam keadaan yang sangat terdesak dan dijual di bawah harga pasaran. Hasil jualan akan dibayar pada kreditor terlebih dahulu. Kalau ada balance, baru dibayar kepada pemegang saham.

Dinyahsenarai tidak akan menukar hak pegangan saham tetapi kesan kepada nilai sesaham. Sebab kebanyakan syarikat yang dinyahsenarai oleh Bursa Malaysia mempunyai negatif ekuiti pemilik saham. Hampir mustahil untuk para pelabur mendapatkan pulangan pelaburan mereka sebelum ini.

saham bursa malaysia

Adalah dinasihatkan untuk tidak membeli saham syarikat yang mempunyai status PN17 ataupun PN4. Kalau dah terbeli; cepat-cepat jual saham syarikat tersebut.

Namun, bukan semua syarikat berstatus PN17 itu mempunyai masalah kewangan. Kadang-kadang, syarikat tersebut telah menjual perniagaan induknya. Bursa akan memberi masa mencukupi bagi syarikat tersebut memulakan perniagaan yang baru atau melakukan penstrukturan semula.

Contohnya CI HOLDING yang menjual business minuman kepada ASAHI Holding. Tetapi, CI HOLDING masih mengekalkan status penyenaraian awam  dengan perniagaan sedia ada (servis pembersihan dan mangkuk tandas) dan melibatkan diri dalam perniagaan baru (minyak masakan dan sebagainya).

Yang membeli saham selepas dinyahsenaraikan daripada Bursa, ia bukan lagi tertakluk di bawah Akta Sekuriti. Walau bagaimanapun, syarikat masih lagi tertakluk kepada Akta Syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Untuk mendapatkan maklumat terkini, pelabur minoriti hendaklah menghubungi terus dengan syarikat berkenaan atau bergantung kepada pemfailan berkanun syarikat kepada SSM di mana info yang bakal pelabur dapati adalah amat terhad.

Ia tidaklah semudah atau sepantas seperti syarikat awam lain dimana maklumat boleh diperolehi secara lengkap dan disebar secara awam hanya di hujung jari.

Kalau sekarang kebanyakan orang merungut bahawa syarikat yang disenarai awam tidak cukup telus; bayangkan syarikat yang telah dinyahsenarai yang tidak dipantau oleh Akta Sekuriti sudah tentu lagi tidak telus.

saham bursa malaysia

Selalunya bila syarikat dinyahsenarai, perlu dilihat pada nilai kecairannya. Nilai kecairan memang nampak cantik di atas kertas. Tetapi dalam keadaan mendesak, aset mungkin dijual dibawah harga pasaran. Jangan letakkan harapan tinggi untuk anda mendapatkan nilai aset yang tinggi apabila syarikat dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.

Nilai kecairan aset dikira berdasarkan estet syarikat (seperti tanah, bangunan), peralatan, inventori — fizikal aset ketara. Kalau aset yang tidak ketara (intangible asset), ia tidak dikira kecualilah kalau intangible asset yang sangat bernilai seperti jenama tetapi ini hanya diketahui selepas proses mahkamah.

Lebih selamat menggunakan aset cair sesaham (liquid asset per share) yang mana merujuk kepada aset cair bernilai tinggi (highly liquid asset) iaitu deposit (FD dan sebagainya), bank akaun (baki bank), tunai dan perlu dipastikan syarikat tidak mempunyai bebanan hutang yang tinggi (zero gearing).

Jika tidak, aset cair bernilai tinggi akan hilang akibat bebanan hutang yang tinggi; para pelabur akan menjadi barisan terakhir menikmat segala baki yang tinggal ataupun mungkin tidak mendapat apa-apa.

Kesimpulannya, melaburlah dengan bijak walaupun dalam syarikat berstatus PN17.

Jika anda berminat untuk belajar cara yang betul melabur dalam pasaran saham, boleh belajar di sini.

Kredit: Bengkel Saham 101

BACA: Bermula Dengan Kedai Kecil Perkakasan Rumah, Kini MR D.I.Y Dalam Pasaran Bursa Malaysia